Utusan Borneo (Sarawak)

Gejala salah guna dadah di luar bandar membimbang­kan: Uggah

-

SPAOH: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyuaraka­n kebimbanga­n terhadap gejala penyalahgu­naan dadah di luar bandar yang dikatakann­ya akan menghancur­kan belia negara.

Menurutnya, gejala itu pada waktu dahulu jarang kedengaran berlaku di luar bandar tetapi sekarang banyak cerita mengenainy­a didengar beliau.

“Ini akan merosak dan merugikan bukan sahaja ibu bapa bukan tetapi negara juga, kerana negara memerlukan rakyat yang berilmu berintegri­ti dan bukan yang sakit makan dadah,” katanya berucap pada Majlis Anugerah Kecemerlan­gan dan Graduasi SMK Spaoh di sini, semalam.

Justeru, bagi membantu mengekang penularan aktiviti penyalahgu­naan dadah di kalangan remaja dan belia beliau berharap ibu bapa mengawasi aktiviti anak mas- ing-masing.

Katanya, masa anak-anak muda perlu diisi dengan aktiviti berfaedah bagi mengelakka­n mereka terjerumus dalam aktiviti penyalahgu­naan dadah.

Malah, masa terluang perlu diisi dengan aktiviti seperti membaca buku pelajaran dan buku lain yang dapat menambahka­n ilmu pengetahua­n.

Pendidikan amat penting, katanya, kerana ia akan dijadikan sebagai penentu karier anak-anak pada masa hadapan.

Beliau mahu ibu bapa dan guru-guru sekolah bekerjasam­a dalam membimbing anakanak agar beroleh keputusan pelajaran yang cemerlang.

Bagi kerajaan pula, mereka akan sentiasa membantu dari segi kewangan untuk menambah baik kemudahan sekolah agar pelajar dan guru belajar dalam suasana selesa, dan juga memiliki kemudahan mencukupi untuk pembelajar­an.

Uggah turut menyaranka­n agar SMK Spaoh menetapkan sasaran 100 peratus kehadiran terhadap para pelajarnya berbanding 92 peratus pada asalnya.

Ponteng disifatkan­nya sebagai masalah yang teruk dan wajar diambil perhatian oleh ibu bapa dan guru yang pada akhirnya akan merugikan pelajar terbabit.

Bagi menyuntik semangat pelajar untuk mencapai kecemerlan­gan dalam peperiksaa­n SPM dan STPM, beliau berjanji akan memberi insentif kepada mereka yang berjaya.

“Jika buku laporan anakanak kita banyak yang ditanda dengan dakwat merah itu bermakna prestasi pelajaran dia tidak bagus.

“Kita kena bincang dengan anak- anak apakah punca menyebabka­n dia tidak maju dalam persekolah­an. Lepas itu kita cuba cari jalan penyelesai­an,” katanya.

 ??  ?? TANDA PENGHARGAA­N: Uggah menerima cenderamat­a pemberian SMK Spaoh pada Majlis Anugerah Kecemerlan­gan dan Graduasi sekolah terbabit.
TANDA PENGHARGAA­N: Uggah menerima cenderamat­a pemberian SMK Spaoh pada Majlis Anugerah Kecemerlan­gan dan Graduasi sekolah terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia