Utusan Borneo (Sarawak)

Perniagaan atas talian bantu usahawan tingkat produktivi­ti

-

KUCHING: Usahawan kecil dan sederhana (PKS) kawasan Lundu disaran mengembang­kan perniagaan secara atas talian (online) bagi membantu meningkatk­an produktivi­ti termasuk kualiti perniagaan masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu berkata, perniagaan online bukan fenomena baharu malah sudah ramai PKS berkecimpu­ng bidang perniagaan seperti itu.

“Bagaimanap­un, masih ada keraguan usahawan disebab tidak mempunyai maklumat cukup serta tiada panduan dan galakan.

“Justeru saya saran PKS terutama kawasan Lundu untuk merebut peluang dan ruang mendapatka­n ilmu sebanyak boleh dalam usaha untuk mengembang lagi perniagaaa­n sedia ada secara online,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Seminar Transforma­si Usahawan Komuniti Pintar Lundu anjuran bersama Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Pejabat Daerah Lundu yang disertai lebih 100 peserta di sini, semalam.

Jamilah berkata, program yang diadakan hari ini merupakan contoh terbaik untuk PKS dari kawasan Lundu mengetahui tentang perniagaan online.

“Sebagai penaung kepada insiatif Komuniti Pintar Lundu, saya berterima kasih kepada pihak MCMC kerana menyediaka­n platform menggerakk­an Daerah Lundu sebagai sebuah pusat pelanconga­n dan keusahawan­an.

“Usaha sebegini amat dialualuka­n untuk kita membantu usahawan tempatan maju ke hadapan. Malah, kerajaan negeri turut menggalakk­an usaha memperkasa bidang keusahawan dengan mewujudkan Unit Pembanguna­n Usahawan Bumiputera dan Industri Halal (UPUIH) di bawah Jabatan Ketua Menteri,” ujarnya.

Beliau berkata, Daerah Lundu mempunayi potensi tinggi dari segi pelanconga­n dan keusahawan­an, namun masih ramai yang belum tahu daya tarikan yang ada di kawasan in disebabkan kurangnya promosi kepada masyarakat luar

“Jadi, dengan menggunaka­n kaedah perniagaan online atau secara internet saya yakin ia boleh membantu mempromosi­kan produk-produk yang terdapat di kawasan ini kepada orang luar,” katanya.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Jamilah bergambar kenangan semasa program Seminar Transforma­si Usahawan Komuniti Pintar Lundu di Lundu, semalam.
UNTUK ALBUM: Jamilah bergambar kenangan semasa program Seminar Transforma­si Usahawan Komuniti Pintar Lundu di Lundu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia