Utusan Borneo (Sarawak)

Perhimpuna­n lebih 1,000 mahasiswa di UNIMAS dihangatka­n lagi laungan semangat baharu ‘Rasuah Boleh Blah’

- Oleh Rusnan Mustafa

KOTA SAMARAHAN: Perhimpuna­n Mahasiswa Anak Muda Memerangi Rasuah dan Salah Guna Kuasa ( PEMARAH) 3.0 Borneo mendapat sambutan luar biasa mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan institusi pengajian tinggi (IPT) lain.

Malah, suasana PEMARAH 3.0 Borneo dihangatka­n lagi laungan semangat baharu ‘Rasuah Boleh Blah’ oleh lebih 1,000 mahasiswa hadir diketuai Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad di DeTAR Putra, UNIMAS semalam.

Laungan keramat PEMARAH 3J iaitu ‘Jangan Hulur’, ‘ Jangan Kautim’ ‘ Jangan Setel’ turut bergema dalam dewan itu.

Kalau diihat dari segi sambutan yang diberikan, semangat anak muda mahasiswa menunjukka­n bahawa mereka sebenarnya membenci dan menolak rasuah.

“Kita telah berjaya melaksanak­an program pada pagi ini kita panggil PEMARAH 3.0 Borneo.

“Kalau diihat dari segi sambutan yang diberikan, semangat anak muda mahasiswa menunjukka­n bahawa mereka sebenarnya membenci dan menolak rasuah.

“Dengan semangat ditunjuk itu, saya yakin dan percaya negara kita akan berada pada landasan baik untuk menjadi negara bersih dan bebas rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri PEMARAH 3.0 Borneo di DeTAR PUTRA, UNIMAS di sini semalam.

Dzulkifli memberitah­u sebab itu SPRM memberi penekanan terhadap golongan mahasiswa sebagai pelapis sektor awam mahupun swasta negara termasuk memimpin negara masa hadapan.

Tambahnya, SPRM juga mengadakan program sama peringkat sekolah rendah dan menengah dengan kerjasama Kementeria­n Pendidikan dalam usaha melahir anak muda bebas rasuah dan salah guna kuasa pada tahun hadapan.

“Ini penting supaya kita dapat pasti negara kita pada 2050 kelak dipimpin oleh pemimpin yang bersih daripada gejala rasuah dan salah guna kuasa

“Ini pendekatan kita mendekati mahasiswa termasuk pelajar sekolah rendah dan menengah kerana mereka akan memimpin negara termasuk mentadbir sektor awam dan swasta,” tegasnya.

Justeru, beliau mengingatk­an bahawa usaha membantera­s gejala rasuah dan salah guna kuasa bukan hanya terletak dibahu SPRM tetapi adalah usaha bersama.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor UNIMAS ( Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Mohd Fadzil Abd Rahman dan tetamu kehormat lain.

Tan Sri Dzulkifli Ahmad Ketua Pesuruhjay­a SPRM

 ??  ?? PERANGI RASUAH: Dzulkifli ditemani Fadzil merakam kenangan bersama mahasiswa sempena Perhimpuna­n Mahasiswa Anak Muda Memerangi Rasuah dan Salah Guna Kuasa 3.0 Borneo, semalam.
PERANGI RASUAH: Dzulkifli ditemani Fadzil merakam kenangan bersama mahasiswa sempena Perhimpuna­n Mahasiswa Anak Muda Memerangi Rasuah dan Salah Guna Kuasa 3.0 Borneo, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia