Utusan Borneo (Sarawak)

SPRM masih siasat kes rasuah FIC

-

KOTA SAMARAHAN: Siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa melibatkan Felda Investment Corporatio­n ( FIC) berkenaan pembelian hotel di London masih dijalankan.

Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, pihaknya akan mendapatka­n Mutual Legal Assistance (MLA) dari United Kingdom berkenaan pembelian hotel oleh Felda Investment Corporatio­n (FIC) di London.

Beliau menjelaska­n permohonan tersebut dilakukan menerusi Jabatan Peguam Negara bagi melengkapk­an siasatan kes tersebut.

“Berkenaan pembelian hotel di London mungkin itu mengambil sedikit masa. Malah, kita juga berkomunik­asi dapatkan dan membuat permohonan bantuan MLA dengan pihak UK (United Kingdom).

“Kita akan buat permohonan melalui Jabatan Peguam Negara dan permohonan tersebut kita akan buat untuk dapatkan keterangan yang berada di London selepas itu kita boleh lengkapkan siasatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Perhimpuna­n Mahasiswa Anak Muda Memerangi Rasuah dan Salah Guna Kuasa (PEMARAH) Borneo 3.0 di UNIMAS di sini semalam.

Mengulas mengenai pembelian sebuah hotel oleh FIC di Kuching, Dzulkifli berkata siasatan kes itu berada pada peringkat akhir.

Sementara itu, berkenaan senarai kementeria­n paling banyak menerima aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa, Dzulkifli berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa.

“Itu dalam proses penambahba­ikan kita akan melihat terlebih dahulu perkara tersebut.

“Saya akan berbincang dengan KSN mengenai perkara itu, baharu kita akan mengambil tindakan seterusnya,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia