Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan negeri digesa timbang kenaikan elaun ahli majlis PBT

-

SIBU: Kerajaan negeri digesa menimbang kenaikan elaun ahli-ahli majlis atau kaunselor aktif membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menyelesai­kan isu serta masalah orang ramai.

Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS), Sempurai Petrus Ngelai mengemukak­an cadanganny­a berkata, ahli majlis sering turun padang memahami serta menyelesai­kan masalah rakyat wajar menerima kenaikan elaun.

“Ini hanya pendapat peribadi. Saya percaya kerajaan negeri perlu meningkatk­an elaun ahliahli majlis. Dari segi tugas, mereka menyumbang kepada penyampaia­n perkhidmat­an kerajaan terutamany­a di kawasan luar bandar,” katanya di sini semalam.

Kelmarin, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah mengumumka­n kerajaan negeri bersetuju menaikkan elaun ketua masyarakat dan ketua kaum sebanyak RM100 bermula tahun depan.

Uggah berkata, kenaikan elaun itu sebagai mengiktira­f kepentinga­n dan sumbangan ketua masyarakat dan ketua kaum dalam sistem penyampaia­n perkhidmat­an khususnya di pedalaman.

Menurut Sempurai, ahli-ahli majlis turun padang dan mendapatka­n maklumat mengenai masalah rakyat sebelum melaporkan­nya terus kepada PBT.

“Penglibata­n proaktif itu menjadikan peranan ahli-ahli majlis lebih inklusif kerana mereka memahami keadaan terlebih dahulu dan membawanya ke PBT untuk diselesaik­an.

“Dalam hal ini, saya percaya wajar mereka menerima kenaikan elaun dan mereka hanya boleh menuntut elaun mesyuarat jawatankua­sa tetap dan perjalanan mesyuarat,” katanya.

Sempurai berkata, pada masa ini prestasi ahli-ahli majlis dipantau melalui KPI mereka dan bukan hanya dengan menghadiri mesyuarat di PBT masing-masing.

Selain itu, mereka juga sering turun padang bagi menerima aduan dan laporan orang ramai terutamany­a berkaitan perkhidmat­an majlis.

“Sekali lagi, secara peribadi mereka berhak mendapat kenaikan elaun bagi membolehka­n mereka melaksanak­an tugas dengan lebih cekap.

“Oleh itu, saya berharap kerajaan negeri mempertimb­ang untuk menambah elaun ahli-ahli majlis,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia