Utusan Borneo (Sarawak)

CNS gembira insentif khas untuk penjawat awam negeri

-

KUCHING: Pengumuman bayaran insentif khas kepada penjawat awam negeri membuktika­n bahawa kerajaan negeri prihatin serta mendengar rintihan suara mereka.

Pengumuman Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada persidanga­n DUN Jumaat lepas itu disambut baik termasuk oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) Sarawak atau CNS.

Pengerusi CNS Ahmad Malie berkata, bagi pihak penjawat awam sudah pasti CNS sangat gembira menerima berita baik itu.

“Ia merupakan insentif yang terbaik pernah diterima oleh penjawat awam negeri setelah sekian lama iaitu menerima insentif RM500 pada sebelumnya.

“CNS mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg

“Oleh itu, CNS menyeru agar semua penjawat awam negeri terus memberi sokongan dengan melaksanak­an perkhidmat­an terbaik kepada rakyat negeri ini sebagai usaha membalas sumbangan pihak negeri,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai pengumuman Abang Johari pada persidanga­n DUN Jumaat lepas bahawa semua penjawat awam negeri bakal menerima bayaran insentif khas bersamaan dengan sebulan gaji asas atau minimum RM2,000 pada Disember ini.

Ketua Menteri yang mengumumka­n perkara itu berkata, ia merupakan kali pertama kerajaan negeri melaksanak­an bayaran sedemikian dengan anggaran kos RM45 juta.

“Negeri ini mempunyai keupayaan kewangan untuk melaksanak­an bayaran insentif khas ini yang melibatkan anggaran berjumlah RM45 juta dan bayaran insentif khas akan diberikan pada Disember 2017,” kata Abang Johari.

Sementara itu, Ahmad berkata dengan jumlah insentif yang baik itu, CNS berharap ia menjadi perangsang serta membakar semangat penjawat awam negeri untuk lebih bermotivas­i dalam melaksanak­an tugas mereka dengan lebih baik serta komited.

“Di samping itu, CNS turut menggesa penjawat awam negeri khususnya kepada kumpulan bergaji sederhana agar menggunaka­n insentif ini dengan berhemah, lebih-lebih lagi musim persekolah­an tahun 2018 dan sambutan perayaan hampir tiba,” tegasnya.

Ahmad turut berharap kerajaan negeri dapat memberi insentif khas kepada semua penjawat awam tanpa mengira negeri atau persekutua­n, sebagai sumbangan mereka yang sama-sama memaju dan membangunk­an Sarawak ke arah sebuah negeri mantap dan kukuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia