Utusan Borneo (Sarawak)

PTRS sambut baik kenaikan elaun ketua masyarakat, ketua kaum

-

SIBU: Persatuan Tuai Rumah Sibu (PTRS) menyambut baik pengumuman kerajaan negeri menaikkan elaun ketua masyarakat dan ketua kaum sebanyak RM100 bermula tahun depan.

Pengerusin­ya Tuai Rumah Dieo Kanyan berkata, pengumuman itu merupakan satu berita baik kepada semua ketua masyarakat dan ketua kaum di negeri ini.

“Saya mewakili lebih 150 ahli Persatuan Tuai Rumah Sibu menyambut dengan hati gembira langkah kerajaan negeri ini yang mengiktira­f kepentinga­n dan sumbangan kami semua,” ujarnya kepada pemberita, semalam.

Kelmarin, Timbalan ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kenaikan RM100 itu sebagai menghargai sumbangan ketua masyarakat dan ketua kaum di negeri ini.

Ini bermakna gaji temenggung, pemanca dan penghulu akan meningkat sebanyak RM100 manakala elaun ketua kaum meningkat daripada RM800 kepada RM900 mulai tahun depan.

Menurut Dieo lagi, kenaikan elaun itu sememangny­a amat dinanti-nantikan oleh ketua-ketua kaum sejak pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentang Bajet 2017 dahulu.

“Meskipun lama menunggu, namun kita berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana bersetuju menaikkan elaun sebanyak RM100,” katanya yang berasal dari Tanjung Penasu, Batang Igan.

Tuai Rumah Unjah Besh dari Sungai Melanggan turut berterima kasih kepada kerajaan negeri atas kenaikan elaun itu.

“Ini sedikit sebanyak dapat menambah elaun ketua kaum yang sememangny­a dinanti-nantikan selama ini.

“Dengan kenaikan kos sara hidup dan harga barang sejak kebelakang­an ini, kenaikan RM100 itu adalah tidak mencukupi,” ujarnya.

Unjah berkata, bagi ketua kaum yang mempunyai banyak urusan kerajaan yang perlu dilakukan, kenaikan itu tidak banyak membantu.

Pada masa sama, beliau berharap kenaikan itu akan memberi semangat kepada ketua kaum untuk terus berkhidmat, lebih-lebih lagi dalam menyampaik­an dasar-dasar kerajaan kepada penduduk di rumah panjang.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri yang telah mencadangk­an kenaikan ini dan juga kepada Ketua Menteri yang mengambil langkah mengikut jejak sama,” jelas Unjah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia