Utusan Borneo (Sarawak)

Tun Taib bangga ramai bekas pelajar lakar banyak kejayaan dalam pelbagai bidang, tidak lupa sumbangan sekolah

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud kagum dengan komitmen Sekolah St Joseph dalam melahirkan modal insan yang holistik di negeri ini.

Malah, menurutnya, kebanyakan pelajar St Jospeh melakar banyak kejayaan dalam pelbagai bidang.

“St Joseph telah memainkan peranannya dengan cukup baik untuk melahirkan generasi yang cemerlang pada ketika itu sekali gus menyumbang kepada pembanguna­n negeri ini.

“Ramai yang berjaya dilahirkan St Joseph berupaya kembali memberi sumbangan dalam meningkatk­an lagi kualiti pendidikan di situ,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam ‘reunion’ bekas pelajar St Joseph sempena ulang tahun ke-135 sekolah itu di Hotel Imperial di sini, kelmarin.

“Saya belajar di sana dari 1951 hingga1955 dan pada malam ini, saya masih ingat masa itu dan saya sangat gembira kerana masih dapat mengingati peristiwa dan rakan-rakan semua,” tambah Tun Taib.

Pada masa sama, beliau bangga dengan sikap bekas pelajar St Joseph yang telah berjaya tidak lupa akan sumbangan dan jasa sekolah itu.

Katanya, ramai di kalangan bekas pelajar St Jospeh tampil memberi sumbangan kepada sekolah itu agar ia terus menabur bakti melahirkan modal insan yang cemerlang di negeri ini.

“Justeru, saya harap majlis seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan untuk membantu memperleng­kapkan lagi sekolah ini agar lebih ramai pelajar berjaya seperti kita,” tegasnya.

Pada majlis itu, Tun Taib turut mengumumka­n sumbangan sebanyak RM100,000 kepada St Joseph.

Terdahulu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan selaku Presiden Persatuan Bekas Pelajar St Joseph Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, tahun ini persatuan itu menyasarka­n untuk mengutip RM2 juta menerusi majlis makan amal bagi membina semula blok Mill Hill St Joseph.

“Kita tidak mahu bangunan bersejarah ini hilang begitu saja atau terbakar seperti Sekolah St Teresa.

“Oleh itu, teruskanla­h usaha anda dengan memberi sumbangan kepada sekolah ini dalam kita bersama-sama menambah baik prasarana di sekolah ini,” ujarnya.

Hadir sama Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong mewakili Ketua Menteri, Pengerusi Yayasan Lasallian Kuching Peter Yap Seng dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? UNIK: Leila (kanan) mengalungk­an rantai manik kepada Dominic (tengah) sebagai tanda simbolik perasmian AYCLife@B744 di Kuching semalam.
UNIK: Leila (kanan) mengalungk­an rantai manik kepada Dominic (tengah) sebagai tanda simbolik perasmian AYCLife@B744 di Kuching semalam.
 ??  ?? RASMI: Tun Taib ditemani Manyin, Sim dan tetamu kehormat lain dan bekas pelajar memotong kek ulang tahun ke-135 Sekolah St Joseph.
RASMI: Tun Taib ditemani Manyin, Sim dan tetamu kehormat lain dan bekas pelajar memotong kek ulang tahun ke-135 Sekolah St Joseph.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia