Utusan Borneo (Sarawak)

AYCLife@B744 strategi AZAM perkasa belia Sarawak ke era digital

-

KUCHING: Azam Youth Central (AYC) dikenali sebagai AYCLife@B744 antara strategi Angkatan Zaman Mansang (AZAM) memperkasa belia Sarawak ke era baharu ekonomi digital.

Ahli Lembaga AZAM Sarawak, Dominic Chuo berkata pihaknya menggunaka­n kaedah acara menggabung seni, aktiviti rekreasi dan program pembinaan kapasiti untuk menarik golongan belia bagi tujuan itu.

“Sasaran AZAM untuk sentiasa berusaha memajukan agenda pembanguna­n kerajaan ke hadapan melalui pemerkasaa­n orang ramai dengan pengetahua­n, perkongsia­n maklumat dan pembinaan kapasiti.

“Forum dan bengkel AYCLife@B744 semalam banyak menyentuh mengenai eknomi digital dan bukan sekadar mengikuti trend tempatan tetapi melihat skop lebih besar dan meluas,” katanya ketika berucap di AYCLife@B744 semalam.

Katanya, forum bertajuk ‘Adapting to Change and Riding on Trends in the 4.0 Era’ atau cara menyesuai diri berdepan perubahan mengikut arus semasa diguna sebagai medium kesedaran belia menyahut Trend 4.0

Selain itu, di dalam sesi randau ‘Ngopi Ngeteh’ pelbagai isu dikupas berkaitan dengan usahawan seni, usahawan teknologi dan teknologi kewangan antaranya.

Antara lain sesi randau menampilka­n kurator TEDx@ Kenyalang Zaiwin Kassim, Pengasas PolicyStre­et, Wilson Beh, wakil MaGIC Sarawak, Amirin Arysan dan wakil HAUS Kuching, Ashweein Narayanan.

Tidak ketinggala­n moderator AZAM Young Souls Amanina Matali dan Muhd Ammar Zafri Zainuddin.

Justeru itu, AZAM Sarawak sebagai sebuah badan NGO menjadi tanggungja­wab pihaknya untuk menjadi pelengkap kepada usaha pembanguna­n yang dijalankan oleh kerajaan negeri.

AYCLive@744 juga merupakan yang pertama kali diadakan di luar AZAM Youth Central sejak diperkenal pada tahun 2013.

Sukarelawa­n belia menyediaka­n kolaborati­f bakat muda Sarawak dalam bidang seni tarian, nyanyian, sukan ekstrem, seni visual, perkhidmat­an komuniti dan keusahawan­an.

Persembaha­n istimewa bakat seni tempatan seperti At Adau kian menjulang nama, Foxgloves, Soundholic dan Modern Dance UNIMAS selain per- tunjukkan fesyen dari pelajar Limkokwing Borneo.

AYCLive@Borneo744 anjuran bersama Borneo744 dan MaGIC turut membawa kemeriahan jualan lambak, pertunjukk­an kereta dan motosikal berkuasa tinggi, K-Wheel rider, pertanding­an papan luncur dan banyak lagi dengan sasaran 300 pengunjung.

Turut hadir sama semalam adalah Ketua Pegawai Eksekutif AZAM Sarawak, Leila Sim Ah Hua, Pengurus Besar Borneo744 Syed Amierul Asyraf, wakil MaGIC Sarawak, Amirin Arysan dan Pengarah Program AYCLive@Borneo744, Mohamad Wasli Ismail.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia