Utusan Borneo (Sarawak)

SK Tatau miliki laman web sendiri

-

BINTULU: Sekolah Kebangsaan (SK) Tatau kini memiliki laman web sendiri selepas pelancaran­nya pada 15 November lalu.

Acara pelancaran disempurna Pegawai Teknologi Pendidikan 1 dari Pusat Kegiatan Guru (PKG) Bintulu, Muhammad Safwan Abdullah mewakili Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri.

Berucap pada majlis berk- enaan, Muhammad melahirkan rasa bangga terhadap SK Tatau kerana berjaya menubuhkan laman webnya sendiri.

“Melalui penubuhan laman web ini secara tidak langsung akan menyenangk­an warga sekolah mengetahui sebarang perkara atau aktiviti anjuran pihak sekolah daripada semasa ke semasa,” ujarnya.

Pada masa sama, adanya laman web rasmi sekolah ini secara tidak langsung membantu memperkena­l SK Tatau ke peringkat global sebagaiman­a semua maklum, masyarakat kini hanya perlu melayari setiap laman web menerusi telefon pintar sahaja.

Justeru, diharapkan penubuhan laman web sekolah ini akan dapat dimanfaat setiap warga sekolah memaklumka­n perkembang­an terkini berkaitan program anjuran sekolah serta memo penting lain yang melibatkan warga SK Tatau.

Dalam perkembang­an berkaitan, Muhammad menjelaska­n, perisian Malaysian Against Pornograph­y (MAP) bagi menyekat akses kepada laman sesawang lucah berkenaan yang sememangny­a berupaya merosakkan fikiran serta minda masyarakat.

Guru Besar SK Tatau, Janudin Abdul Rahman dan Penolong Kanan SK Tatau, Abdul Wafi Amin Nordin antara yang hadir.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia