Utusan Borneo (Sarawak)

37 kanak-kanak dirai dalam Konvokesye­n SeDidik SEDC

-

MUKAH: Seramai 37 kankkanak berumur enam tahun diraikan dalam satu majlis Konvokesye­n Ke-26 SeDidik Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC) Zon Mukah 2017 di sini semalam.

Antaranya adalah kanakkanak SeDidik Mutiara Dalat, SeDidik Mutiara Igan, SeDidik Mutiara Balingian, SeDidik Mutiara Taman Desa Intan Mukah, SeDidik Mutiara Igan dan SeDidik Mutiara Daro.

Selain penyampaia­n sijil graduasi tamat persekolah­an, majlis turut diselangi seli dengan persembaha­n tarian, nyanyian, lakonan, deklamasi sajak, nasyid serta koir daripada para pelajar SeDidik.

Pegawai Daerah Mukah Safri Saili berkata, beliau amat menggalakk­an penglibata­n ibu bapa serta penjaga kepada anak secara langsung dalam pelbagai aktiviti anjuran SeDidik.

“Umur tiga hingga enam tahun amat kritikal untuk pembelajar­an anak, ia harus diberi perhatian dan sokongan penuh oleh ibu bapa,” katanya.

Pada umur itu juga, ia sangat sesuai membentuk keperibadi­an anak seterusnya bakal melangkah ke alam persekolah­an sebenar.

Justeru, sangat wajar ibu bapa untuk mengambil serius ke atas pembelajar­an awal dan tidak memandang remeh perkara berkenaan.

Sebelummya, Pengurus Bahagian Operasi Mutiara SeDidik SEDC Sarawak Ayub Dahari mengatakan pihaknya akan terus memberikan perkhidmat­an terbaik melibatkan pendidikan awal kanak-kanak.

Pihaknya juga menyahut seruan kerajaan negeri dengan menekankan pembelajar­an bahasa Inggeris di peringkat awal.

SeDidik SEDC sehingga kini mempunyai 64 tadika dan 14 taska seluruh Sarawak termasuk beberapa pusat asuhan kanak-kanak di tempat kerja.

Selain sijil tamat sesi persekolah­an, turut diadakan adalah anugerah seperti Anugerah Anak Contoh Pusat, Anugerah Anak Terbaik Program/Tunjang, Anugerah Ibu Bapa Contoh/Aktif, Anugerah Anak Terbaik Keseluruha­n Zon Mukah serta Anugerah Kualiti Bahan Inovasi.

 ??  ?? TAHNIAH: Salah seorang pelajar ketika menerima sijil daripada Safri (dua, kiri) disaksikan Ayub (kiri) dan yang lain.
TAHNIAH: Salah seorang pelajar ketika menerima sijil daripada Safri (dua, kiri) disaksikan Ayub (kiri) dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia