Utusan Borneo (Sarawak)

JX Nippon Oil tanam 50 anak pokok dabai, langsat di PNR

-

MIRI: Sejumlah 50 anak pokok dabai dan langsat ditanam di kawasan Piasau Nature Reserve (PNR) oleh kakitangan JX Nippon Oil Gas Exploratio­n (M) Limited (JX Nippon) di sini semalam.

Program ‘ Tree Planting & Walk With Nature’ anjuran JX Nippon turut mendapat kerjasama daripada Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC).

Pengarah Urusan JX Nippon Hideo Kondo dalam aluannya berkata, aktiviti itu turut sempena bulan HSE syarikat berkenaan, selain menyumbang­kan kembali kepada persekitar­an.

“Ini juga antara usaha kita untuk membantu mengindahk­an alam sekitar di sini dengan menanam 50 batang anak pokok buah dabai dan langsat.

“Selain itu, sempena bulan HSE JX Nippon, program sebegini turut memupuk kakitangan JX Nippon agar lebih menghargai dan memelihara alam sekitar serta mengekalka­n kawasan hijau di sini,” jelasnya.

Aktiviti itu juga adalah acara terakhir bagi program bulan HSE JX Nippon dan majlis makan malam penutupan akan diadakan pada Isnin, 27 November ini.

Hadir sama ialah Pengurus Besar Kanan Pembanguna­n dan Operasi JX Nippon Manabu Doi, Pengurus Keselamata­n dan Alam Sekitar (HSE) JX Nippon Enteli Kilat dan Timbalan Pengurus Besar SFC Oswald Braken Tisen.

Selain aktiviti menanam anak pokok tersebut, program disertai sekitar 70 kakitangan JX Nippon bersama ahli keluarga masing-masing turut mengadakan lawatan di sekitar PNR bagi melihat keindahan hijau dan melihat burung kenyalang, Jimmy yang turut muncul semalam.

Lawatan untuk melihat sekitar PNR telah diiringi oleh warden PNR, Samantha Kwan.

Program juga diselitkan dengan aktiviti kanak-kanak iaitu membuat kolaj burung kenyalang dan pertanding­an King & Queen of Forest.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia