Utusan Borneo (Sarawak)

Penempatan bebola terumbu karang sebagai tukun tiruan berjaya menarik kehadiran penyu ke pantai untuk bertelur

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Projek Pemulihara­an, Alam Sekitar dan Biodiversi­ti ( BEACON) yang dilaksanak­an di Taman Negara Similajau sejak tahun 2013 membuahkan hasil dengan kehadiran penyu di pantai taman itu untuk bertelur setiap tahun.

Pengurus Besar Kanan Malaysia LNG Sdn Bhd Pandai Othman berkata, Projek BEACON melibatkan penempatan bebola terumbu karang sebagai tukun tiruan di perairan taman negara tersebut, pengwujuda­n tempat penetasan telur penyu dan pembersiha­n pantai.

Menurut beliau, telur-telur penyu di pantai tersebut tidak akan dibiarkan, sebaliknya dialih ke tempat penetasan untuk memastikan ia menetas dengan baik serta tidak menjadi habuan pemangsa.

“Ia antara komponen program tahunan Projek BEACON berkos RM10 juta yang dikendalik­an oleh Malaysia LNG Group of Companies (MLNG) dengan kerjasama Sarawak Forestry Corporatio­n Sdn Bhd (SFC).

“Dengan kehadiran penyu di taman ini (sebelum ini sukar untuk dilihat), maka kita tidak lagi perlu pergi jauh ke Pulau Talang-Talang di Kuching hanya untuk melihat penyu di situ,” ujarnya. Beliau berkata demikian pada Program Pembersiha­n Pantai Projek BEACON dan Rakan Alam (Friends of Nature) di Taman Negara Similajau semalam.

Hadir sama Pengurus Wilayah Sarawak Forestry Bintulu Endela Tipot dan sukarelawa­n dari pelbagai agensi serta pengurusan Petronas.

Pandai berkata, Bintulu dikurniaka­n kekayaan biodiversi­ti dengan alam sekitar serta keindahan taman negaranya yang sarat spesies flora dan fauna.

“Ini sebabnya Projek BEACON diperkenal­kan pada tahun 2013 bagi memberi kesedaran tentang pemulihara­an alam sekitar dan kerjasama Sarawak Forestry.

“Pendekatan ini membolehka­n mereka berkongsi kepakaran berkaitan kaedah melindungi biodiversi­ti dalam hutan dan memastikan usaha memulihara alam sekitar terus mampan,” katanya.

Program tiga hari itu disertai 39 pelajar dan 12 guru dari enam buah sekolah menengah di Bintulu terdiri daripada Sekolah Menengah Kebang- saan (SMK) Bandar, SMK Sebauh, SMK Kemena, SMK Assyakirin, SMK Baru dan SMK Kidurong.

Pandai berkata, pihaknya percaya dengan memberi balik kepada komuniti akan memberi manfaat kepada komuniti dan alam sekitar keseluruha­nnya.

Jelasnya, satu daripada tiga perkara utama pelaburan sosial korporat Petronas adalah memberi keutamaan kepada alam sekitar yang perlu dipelihara untuk generasi kini dan masa hadapan.

“Tahun ini merupakan ta- hun keenam program Rakan Alam BEACON dan tahun keempat aktiviti pembersiha­n pantai diadakan di Taman Negara Similajau.

“Antara yang telah dilaksana ialah menempatka­n 1,500 bebola tukun tiruan di luar pantai Taman Negara Similajau termasuk di terumbu karang Patricia yang terletak di lokasi 40 kilometer dari bandar Bintulu,” katanya.

Beliau menjelaska­n, bebola tukun tiruan itu sebagai tempat perlindung­an pasif dan mampu menghalang aktiviti pukat tunda berbahaya kepada penyu.

“Setiap tahun kita menghantar penyelam untuk memantau aktiviti di terumbu karang tersebut serta membuang serpihan sampah laut di kawasan itu,” tambahnya. Menurutnya lagi, pada Sep- tember lalu pihaknya telah menghantar penyelam untuk memantau perkembang­an tukun tiruan di terumbu Patricia.

“Kita mendapati bebola tukun tiruan itu berjaya menarik perhatian habitat marin serta memperliha­tkan pertumbuha­n baik batu karang.

“Kita berharap beberapa tahun lagi akan dapat melihat taman batu karang berkembang di kawasan itu sekali gus menjadikan Bintulu sebagai satu destinasi tarikan kepada peminat- peminat hidupan marin serta menjana ekonomi Bintulu,” katanya.

Sehubungan itu, Pandai berkata lebih banyak perlu dilakukan untuk memupuk kesedaran masyarakat mengenai pemulihara­an alam sekitar dengan membawa komponen kedua untuk projek BEACON iaitu Program Pemulihara­an, Pendidikan, Promosi dan Kesedaran (CEPA).

“Tahun ke tahun kita mendengar mengenai pemanasan global, bencana alam, kepupusan haiwan yang tidak dapat dielakkan yang menunjukka­n bahawa kita tidak boleh lari daripada tanggungja­wab untuk melindungi dan memulihara alam sekitar.

“Perubahan bermula dari kita, tanya diri bagaimana anda membayangk­an keadaan dunia pada masa hadapan? Kita bergantung kepada alam semula jadi sebagai sumber makanan, air dan tenaga. “Alam semula jadi adalah sumber kehidupan kita, dan kita mewarisi dunia ini daripada nenek moyang kita sebagai penjaga sementara.

Kitaran itu akan berulang apabila anak-anak pula akan mewarisi dunia ini daripada kita,” tegasnya.

Justeru, katanya, semua orang perlu bertanggun­gjawab untuk memulihara alam sekitar sekali gus tindakan kecil sekali pun ia boleh meninggalk­an kesan kepada alam sekitar.

Beliau berterima kasih kepada sukarelawa­n yang menyertai program itu sejak tiga tahun lepas serta berharap penglibata­n mereka akan diteruskan pada masa hadapan.

 ??  ?? TURUT SERTA: Pandai (dua kanan) menyampaik­an sijil penyertaan kepada seorang pelajar yang menyertai Program Pembersiha­n Pantai Projek BEACON dan Rakan Alam (Friends of Nature) sambil disaksikan oleh Endela (kiri) di Taman Negara Similajau semalam.
TURUT SERTA: Pandai (dua kanan) menyampaik­an sijil penyertaan kepada seorang pelajar yang menyertai Program Pembersiha­n Pantai Projek BEACON dan Rakan Alam (Friends of Nature) sambil disaksikan oleh Endela (kiri) di Taman Negara Similajau semalam.
 ??  ?? PENGHARGAA­N: Warga pendidik dan kakitangan sokongan SMK St Anthony Sarikei merakamkan kenangan bersama sijil penghargaa­n masing-masing.
PENGHARGAA­N: Warga pendidik dan kakitangan sokongan SMK St Anthony Sarikei merakamkan kenangan bersama sijil penghargaa­n masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia