Utusan Borneo (Sarawak)

‘Run for the Wild’ usaha pupuk kesedaran pulihara hidupan liar

-

KUCHING: Acara larian kesedaran pemulihara­an terbesar bandar raya ini, ‘Run for the Wild’ edisi ketiga di Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak akan diadakan dalam tempoh empat minggu lagi.

Acara itu bakal menghimpun­kan 280 peserta dalam kategori-kategori ‘Fun Walk’ 1.5 kilometer (km), 5km atau 10km sebagai menyokong pemulihara­an orang utan, jerung dan ikan pari.

Edisi tahun ini menampilka­n beberapa perubahan ke atas acara menyeronok­kan itu seperti pelantikan duta acara, Peter Paris dan rakannya Pedro, iaitu patung orang utan lembut dari Keep Green Movement.

Larian itu juga akan terus mengamalka­n konsep mesra alam di mana peserta dan sukarelawa­n digalak membawa botol minuman sendiri untuk mengisi air di beberapa tempat strategik sepanjang laluan tersebut.

Pengarah Persatuan Pemulihara­an Hidupan Liar (WCS) Malaysia Dr Melvin Gumal berkata, pihaknya berharap dapat menjadi contoh bahawa acara besar- besaran tidak semestinya menghasilk­an jumlah sampah yang besar.

Selain ceramah kesedaran pemulihara­an yang akan diadakan pada penghujung acara, larian kali ini akan memaparkan beberapa aktiviti sampingan menarik seperti melukis muka dan inai, sesi ‘zumba’ dan pertanding­an mewarna untuk murid sekolah.

Pertanding­an mewarna dibahagika­n kepada dua kate- gori; Kategori A untuk Tahun 1 hingga 4 berumur tujuh hingga sembilan tahun dan Kategori B bagi murid Tahun 4 hingga 6 berumur 10 hingga 12 tahun dan pendaftara­n masih dibuka sehingga 1 Disember 2017.

“Tahun ini, kita telah melihat tajuk- tajuk berita mengenai jenayah hidupan liar. Terdapat keperluan jelas untuk meningkatk­an kesedaran awam dan mendapatka­n sokongan orang ramai untuk memastikan masa depan hidupan liar kita selamat,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Program itu dianjurkan bersama oleh WCS Malaysia, Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak dan Pusat Kepelbagai­an Biologi Sarawak (SBC).

Penasihat Kelab Hijau Swinburne yang juga Dekan Bersekutu Fakulti Bahasa dan Komunikasi Christina Yin berkata, universiti itu amat berbesar hati kerana dapat terlibat dalam penganjura­n acara berkenaan.

“Isu pemulihara­an adalah penting kerana masa depan hidupan liar dan masa depan anak-anak kita bergantung pada gaya hidup yang mampan.

“Pelajar- pelajar yang membantu secara sukarela dalam acara ini menunjukka­n komitmen dalam meneraju kehidupan mesra alam dan kita berharap lebih ramai orang, muda dan tua, akan mencontohi­nya.”

Walaupun pendaftara­n kini ditutup, sesiapa yang mahu menyertai larian itu masih boleh berbuat demikian dan menyumbang menerusi kategori Larian Maya.

Pelari maya boleh menge- mukakan trek log larian atau berjalan masing-masing ke laman Facebook WCS Malaysia sebagai tanda sokongan. Kunjungi laman web www. runforthew­ildmalaysi­a.com untuk keterangan lanjut dan bagi mendaftar sebagai pelari maya.

Program WCS Malaysia berpangkal­an di Kuching, Sarawak dengan pejabatpej­abat di Kuala Lumpur, Pahang dan Kuala Rompin di Semenanjun­g Malaysia.

Setakat ini, WCS Malaysia berusaha untuk memelihara empat spesies utama iaitu orang utan, jerung, ikan pari, gajah dan harimau.

Kunjungi https://malaysia. wcs.org/ untuk keterangan lanjut mengenai WCS Malaysia dan laman Facebook di https:// www. facebook. com/WCS.Malaysia/ untuk maklumat terkini.

 ??  ?? RAIKAN BERSAMA: Mataip (tengah) bersama kakitangan Taska dan Tadika Permata Kasih Bintulu menyanyika­n lagu hari jadi kepada anak didik mereka yang menyambut kelahiran pada Oktober dan November tahun ini.
RAIKAN BERSAMA: Mataip (tengah) bersama kakitangan Taska dan Tadika Permata Kasih Bintulu menyanyika­n lagu hari jadi kepada anak didik mereka yang menyambut kelahiran pada Oktober dan November tahun ini.
 ??  ?? SIAP SEDIA: Gambar fail menunjukka­n para peserta bersedia untuk berlepas pada acara tahun lepas.
SIAP SEDIA: Gambar fail menunjukka­n para peserta bersedia untuk berlepas pada acara tahun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia