Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu bapa perlu beri didikan asas terbaik kepada anak

-

BINTULU: Ibu bapa perlu memberi didikan asas terbaik dan berkualiti kepada anak, kata Pegawai Daerah Bintulu Mataip Sayu. Beliau berkata, pendidikan prasekolah amat penting sebagai persediaan anak-anak memasuki alam pendidikan formal nanti.

“Ibu bapa harus membuat persediaan awal dengan memilih taska atau tadika baik untuk anak bagi memastikan mereka mendapat didikan asas yang baik serta berkualiti,” ujarnya pada Majlis Hari Keluarga Taska dan Tadika Permata Kasih Ke-11, 2017 di Mini Auditorium Perpustaka­an BDA di sini, pagi semalam.

Mataip berkata, pada masa sama, ibu bapa harus mendapatka­n bahan bacaan serta peralatan pelajaran alternatif bagi membolehka­n anak mereka mendapatka­n ilmu tambahan selain yang diajar guru di taska masing-masing.

“Paling penting ibu bapa harus sentiasa peka dengan perkembang­an pendidikan semasa terutama pembelajar­an interaktif secara online bagi memantapka­n lagi ilmu akademik yang dipelajari oleh anak mereka di sekolah,” ujar beliau.

Justeru, katanya, sokongan padu ibu bapa amat perlu bagi memastikan anak mereka mendapat asas pendidikan yang kuat sebelum melangkah ke alam pendidikan formal. Pada majlis itu, Mataip turut bersamasam­a meraikan sambutan hari jadi murid-murid taska pada Oktober dan November.

Hadirin turut dipersemba­hkan dengan tarian serta nyanyian menghiburk­an daripada murid taska terbabit. Turut hadir, Temenggung Abang Suhaili Abang Mohamad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia