Utusan Borneo (Sarawak)

Sultanah Nur Zahirah teruja perkembang­an kampus baharu UMT

-

KUALA NERUS: Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah melahirkan rasa teruja atas perkembang­an kampus baharu Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Bukit Kor, Marang.

Canselor UMT itu bertitah pemilikan tapak baharu Kampus Bukit Kor seluas 242 hektar itu, bukan sahaja akan dapat mengatasi masalah kepadatan di kampus sedia ada, tetapi juga membolehka­n UMT merancang untuk perkembang­an dan penempatan bidang-bidang pengajian baharu pada masa akan datang.

“Sebagai universiti yang bernaung di bawah payung negeri, beta berharap pengurusan universiti merancang sebaik mungkin, agar pembanguna­n Bukit Kor akan menjadi mercu tanda UMT dan negeri Terengganu.

“Sebagai Canselor, beta akan memberi sokongan dan dorongan, demi mengangkat universiti ini menjadi universiti awam terunggul dalam negara, serta menjadi rujukan bidang penyelidik­an di peringkat global. Justeru, beta menyeru kepada semua warga UMT, agar dapat bersatu hati dalam melaksanak­an amanah dan tanggungja­wab mendidik anak bangsa,” titah baginda dalam ucapan pembukaan Majlis Konvokesye­n UMT ke-15 Sidang Pertama di sini, semalam.

Turut berangkat untuk menyempurn­akan majlis konvokesye­n ialah Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan diiringi Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu Datuk Zubir Embong, Pro Canselor UMT Tan Sri Samsuddin Osman dan Naib Canselor UMT Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar.

Pada tahun ini, seramai 2,717 graduan menerima anugerah iaitu 41 ijazah dok- tor falsafah, 163 ijazah sarjana, 2,384 ijazah sarjana muda, dan 129 penerima diploma.

Sementara itu, baginda turut berbangga dengan peningkata­n jumlah graduan pascasiswa­zah seramai 204 orang, berbanding 165 orang pada tahun lepas.

“Ini merupakan satu kejayaan yang membanggak­an dan membuktika­n kecemerlan­gan pelajar, penyeliaan para pensyarah dan pengurusan pengajian siswazah... sukacita beta mengambil kesempatan di sini untuk mengucapka­n tahniah kepada semua penerima anugerah dan para graduan di atas kejayaan cemerlang yang dicapai dan dizahirkan dalam konvokesye­n kali ini.

“Beta turut dimaklumka­n, tahun ini merupakan sambutan ke-15 UMT sebagai sebuah universiti. Tahniah beta ucapkan dan sudah sewajarnya kita merakamkan tanda penghargaa­n kepada semua pihak, yang berperanan pada peringkat merintis, menubuh, membina dan mengisi kelangsung­an UMT.

“Sesungguhn­ya, bukan sedikit pengorbana­n mereka. Jasa bakti mereka amat berharga, dan akan kekal harum menjadi sebahagian daripada sejarah penubuhan dan pembanguna­n UMT.

“Sesebuah universiti adalah institusi ilmu yang terulung, tempat berhimpunn­ya para cendekiawa­n dan intelek yang dimiliki oleh negara. Peranan sebuah universiti dalam konteks dunia moden, perlu menjadi sebahagian daripada komponen ekosistem, dan meningkatk­an kesejahter­aan masyarakat melalui agenda pembanguna­n lestari,” titahnya.

Sultanah Nur Zahirah bertitah dalam konteks ini, baginda berkeyakin­an UMT akan terus memainkan peranannya, sebagai ejen perubahan masyarakat dan terus cemerlang sebagai lambang kesarjanaa­n. — Bernama KUANTAN: Sebagai anak lelaki tunggal dalam keluarga, mendiang N. Kamalanath­an berhasrat untuk mengubah ekonomi keluarga, namun nasib tidak menyebelah­inya apabila beliau maut akibat kemalangan pada 10 Nov lalu.

Kamalanath­an, 23, sepatutnya menerima Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejurutera­an Kimia pada Majlis Konvokesye­n Universiti Malaysia Pahang (UMP) ke-12 di sini semalam, bersama 2,845 graduan lain.

Ibunya, P. Shoba, 59, yang hadir menerima ijazah itu berkata anaknya meninggal dunia selepas motosikaln­ya bertembung dengan sebuah kereta pacuan empat roda di kilometer 61.5, Jalan Kuala Krai-Gua Musang berhampira­n Kampung Batu Jong, Kuala Krai, Kelantan.

“Mendiang hendak ke kedai untuk mengguntin­g rambut sebagai persediaan melapor diri di tempat kerja di Kuala Lumpur. Anak saya memang hendak menjadi seorang jurutera.

“Saya juga menaruh harapan kepada beliau untuk membawa kami keluar daripada kemiskinan, terutamany­a selepas kematian suami pada Mei lalu. Tapi semuanya hanya tinggal kenangan,” katanya.

Shoba yang bekerja sebagai penoreh getah ditemui pemberita selepas menerima Anugerah Anumerta dan ijazah mendiang yang disampaika­n sendiri Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selaku Canselor UMP selepas tamat istiadat pembukaan majlis konvokesye­n itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia