Utusan Borneo (Sarawak)

Beri kuasa DBP pantau penggunaan bahasa Melayu dalam setiap urusan

-

TUMPAT: Pindaan undang-undang berkaitan bahasa Melayu untuk memberi kuasa kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memantau penggunaan bahasa itu dalam setiap urusan, dijangka dapat dibentangk­an di Parlimen dalam tempoh terdekat.

Ketua Pengarah DBP Datuk Abdul Adzis Abas berkata kertas draf pindaan undang- undang tersebut telah disediakan dan akan dibawa ke Kabinet oleh Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid sebelum dibentangk­an di Parlimen.

“Melalui pindaan tersebut, DBP akan diperuntuk­kan kuasa untuk membetulka­n masalah penggunaan bahasa melalui tindakan penguatkua­saan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Program Semarak Bahasa Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Kelantan di Sekolah Kebangsaan Pulau Beluru di sini, semalam.

Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Abdul Adzis berkata DBP berhadapan dengan bermacam- macam kerenah bahasa kerana ramai yang tidak menggunaka­n bahasa Melayu yang betul dan pihaknya tidak ada kuasa untuk mengambil tindakan, sekadar memberi nasihat.

Beliau berkata tanggungja­wab untuk memperkasa­kan bahasa Melayu menjadi tanggungja­wab semua pihak termasuk pihak berkuasa tempatan seperti meluluskan pemasangan iklan di kawasan masing-masing.

Baru- baru ini, Mahdzir dilaporkan berkata sebuah Jawatankua­sa Kabinet bagi memperkasa penggunaan Bahasa Melayu dalam setiap urusan akan ditubuh dan antara tugasnya ialah membincang­kan pindaan undang- undang sedia ada berkaitan bahasa Melayu serta memberi kuasa kepada DBP memantau penggunaan bahasa Melayu dalam penulisan.

Sementara itu, beliau berkata semangat cinta kepada bahasa kebangsaan itu perlu ditanam dalam kalangan rakyat supaya mereka berbangga menggunaka­n bahasa itu dalam semua urusan seharian. — Bernama

Melalui pindaan tersebut, DBP akan diperuntuk­kan kuasa untuk membetulka­n masalah penggunaan bahasa melalui tindakan penguatkua­saan. Datuk Abdul Adzis Abas Ketua Pengarah DBP

 ?? — Gambar Bernama ?? ANUGERAH: Sultan Sallehuddi­n Ibni Almarhum Sultan Badlishah menyampaik­an Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah kepada Profesor Adjung Pusat Pengajian Pengurusan Pelanconga­n, Hospitalit­i dan Acara (STHEM) Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali...
— Gambar Bernama ANUGERAH: Sultan Sallehuddi­n Ibni Almarhum Sultan Badlishah menyampaik­an Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah kepada Profesor Adjung Pusat Pengajian Pengurusan Pelanconga­n, Hospitalit­i dan Acara (STHEM) Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia