Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan bukan hendak ambil alih tapi mahu mantapkan bomba sukarelawa­n

-

BATU PAHAT: Kerajaan memberi jaminan setiap anggota Bomba dan Penyelamat Sukarelawa­n tidak akan rugi sekiranya pertubuhan mereka didaftarka­n bawah Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata pendaftara­n itu hanya bertujuan menyelaras­kan perkhidmat­an dan latihan yang diberikan kepada anggota bomba sukarelawa­n itu, yang sebelum ini tertakluk di bawah Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan Malaysia (ROS).

“Jika sebelum ini badan sukarelawa­n ini berdaftar dengan ROS, mereka tidak ada akses kepada latihan-latihan menyelamat yang sebenar atau tatacara kerja yang sistematik sekiranya berhadapan dengan sesebuah bencana.

Jadi dengan berdaftar di bawah KPKT, mereka akan secara rasmi menjadi sebahagian daripada cabang anggota penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Beliau berkata demikian sebagai mengulas khabar angin mengatakan kerajaan akan mengambil alih peranan, kemudahan serta kel- engkapan yang dimiliki oleh badan sukarelawa­n berkenaan sekiranya pertubuhan itu berdaftar dengan KPKT.

Wee ditemui pemberita selepas menyempurn­akan Perasmian Bangunan Pasukan Bomba dan Penyelamat Sukarelawa­n Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) Ayer Hitam, di sini, semalam.

Ahli Parlimen Ayer Hitam itu juga berkata sehingga kini, terdapat sebanyak 27 pasukan Anggota Bomba dan Penyelamat Sukarelawa­n bertapak di Johor dan ini dilihat dapat mengurangk­an beban yang ditanggung oleh JBPM.

“Kalau hendak harap JBPM sahaja, di Johor hanya terdapat lebih kurang 1,200 orang kakitangan, jumlah kakitangan seluruh negara adalah 14,000. Jadi dengan adanya pasukan sukarelawa­n ini, kita dapat melatih lebih ramai masyarakat agar terlibat dalam cara-cara pengendali­an bencana atau kerja-kerja menyelamat yang tentunya nanti akan dapat membantu anggota bomba.

“Lagipun, mereka berperanan penting dalam membuat kawalan awal keselamata­n sementara menunggu ketibaan anggota JBPM kerana ada kalanya mereka tiba lebih awal daripada anggota kita.

Contohnya, banjir di Pulau Pinang baru-baru ini, empat pasukan bomba sukarelawa­n terawal yang tiba adalah dari Pagoh, Ayer Hitam, Kluang dan Kulai, jadi mereka ini penting dan pelengkap kepada JBPM,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KURANGKAN BEBAN: Dr Wee Ka Siong (depan dua, kanan) menyerahka­n replika kunci bangunan kepada Ketua Pasukan Bomba dan Penyelamat Sukarela (CRSM) Ayer Hitam Wong Boon Hang (depan, kiri) pada Majlis Perasmian Bangunan Pasukan Bomba dan Penyelamat...
— Gambar Bernama KURANGKAN BEBAN: Dr Wee Ka Siong (depan dua, kanan) menyerahka­n replika kunci bangunan kepada Ketua Pasukan Bomba dan Penyelamat Sukarela (CRSM) Ayer Hitam Wong Boon Hang (depan, kiri) pada Majlis Perasmian Bangunan Pasukan Bomba dan Penyelamat...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia