Utusan Borneo (Sarawak)

Kejayaan anak di universiti ‘bayar’ pengorbana­n ibu tunggal

-

KUALA KANGSAR: Susah payah seorang ibu tunggal membesarka­n dua orang anak sejak hampir 20 tahun semalam berbayar dengan kejayaan anak bongsunya menamatkan pengajian di peringkat diploma.

Lebih membanggak­an bagi Rashidah Hashim, 48, apabila anaknya Nurul Akila Zahury, 21, dinobatkan sebagai penerima Anugerah Naib Canselor pada Istiadat Konvokesye­n Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-10 di sini, semalam.

“Susah senang sakit demam saya tanggung selama membesarka­n anak-anak hari ini rasa terbalas bila dia (Nurul Akilah) dapat anugerah ini, inilah hadiah paling berharga bagi saya.

Saya juga sangat bersyukur sebab dengan hasil titik peluh bekerja sebagai operator pengeluara­n dekat kilang, anak-anak berjaya sehingga ke peringkat universiti,” katanya ketika ditemui Bernama di sini.

Dalam pada itu, Nurul Akilah dari Batu Gajah yang bercita-cita menjadi pensyarah bahasa Arab suatu hari nanti mendedikas­ikan kejayaanny­a hari ini buat ibunya.

“Bukan mudah untuk ibu membesarka­n kami adik beradik tanpa ayah, tapi ibu sentiasa kuat demi kami. Jadi saya dedikasika­n kejayaan ini kepada ibu yang sentiasa menyokong dan menjadi tulang belakang saya,” katanya.

Nurul Akilah antara 843 graduan yang diraikan pada istiadat konvokesya­n yang disempurna­kan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang juga Canselor USAS.

Terdahulu, Naib Canselor USAS Prof Tan Sri Nordin Kardi dalam ucapannya berkata walaupun baharu diangkat menjadi universiti penuh tahun lalu, USAS sedang berkembang pesat dalam memberi khidmat kepada masyarakat, negeri dan negara.

Katanya ia termasuk dalam bidang ekonomi, apabila USAS diberi kepercayaa­n untuk menguruska­n Resort Sungai Perak di sini yang dijenama semula sebagai Resort dan Pusat Pendidikan Profesiona­l USAS bagi menjalanka­n pelbagai kursus serta bengkel profesiona­l. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CEMERLANG: Ainul Mardiah (tengah) bergambar bersama Nurul Akila (dua kanan), Muhamad Aidil (dua kiri), Muhammad Azim (kanan) dan Noor Fasihah menunjukka­n pingat masing-masing selepas Istiadat Konvokesye­n Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-10 di...
— Gambar Bernama CEMERLANG: Ainul Mardiah (tengah) bergambar bersama Nurul Akila (dua kanan), Muhamad Aidil (dua kiri), Muhammad Azim (kanan) dan Noor Fasihah menunjukka­n pingat masing-masing selepas Istiadat Konvokesye­n Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-10 di...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia