Utusan Borneo (Sarawak)

Safiee puas hati jawapan tiga soalan mengenai Daro

-

MUKAH: Tiga perkara paling utama yang didebatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro di sidang DUN pada kali ini akhirnya terjawab dan tercapai.

ADUN Daro, Safiee Ahmad berkata, beliau amat berpuas hati terhadap jawapan kementeria­n dan pihak bertanggun­gjawab yang akan memberi manfaat kepada penduduk di Daro dan sekitarnya.

“Perkara itu mengenai masalah berkaitan tekanan air rendah, pembinaan Klinik Kesihatan baharu juga Pekan Daro Baharu Fasa 2,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Mengenai masalah tekanan air rendah, pihak Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) akan membina sebuah tangki aras tinggi baharu juga mesin pam baharu selain menaik taraf bekalan kuasa di loji air.

Perkara itu akan dilaksana dan dicadangka­n dalam rancangan Kajian Separuh Penggal Ke-11 nanti.

Bagi Klinik Kesihatan Daro, Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan pula menyatakan kertas kerja cadangan akan dihantar kepada Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) untuk kelulusan pada Januari 2018 dan tender dijangka keluar pada Mei 2018.

“Projek dianggar bernilai RM35 juta ini sesuatu amat ditunggu-tunggu penduduk Daro dan sekitarnya kerana ia adalah satu keperluan,” jelasnya lagi.

Pembinaan Pekan Baharu Daro Fasa Ke-2 pula dijangka siap pada 2020 dan dilaksana secara berperingk­at-peringkat setelah mendapat kelulusan daripada Majlis Perancanga­n Negeri (MPN).

“Perkara ini tidak lain dan tidak bukan bakal memberikan faedah secara keseluruha­nnya terhadap peniaga dan pengusaha Bumiputera tempatan,” tambahnya.

 ??  ?? SAFIEE
SAFIEE
 ??  ?? PENGHARGAA­N: Salang menyampaik­an surat penghargaa­n kepada salah seorang ahli jawatankua­sa penganjur majlis, Teresa Fitz.
PENGHARGAA­N: Salang menyampaik­an surat penghargaa­n kepada salah seorang ahli jawatankua­sa penganjur majlis, Teresa Fitz.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia