Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki tidak harus rasa terancam bila pendapatan isteri lebih tinggi

- Oleh Reno Benjamin

PAKAN: Senario para suami menjadi suri rumah sementara para isteri menjadi pencari nafkah tidak mustahil akan menjadi satu trend pada masa akan datang.

Ahli Parlimen Julau Datuk Joseph Salang berkata, senario sedemikian akan menjadi trend apabila golongan wanita mendapat pekerjaan serta pendapatan yang lebih baik daripada lelaki.

“Malah, sekarang kita dapat melihat lebih ramai pelajar perempuan belajar di universiti tempatan. Dianggarka­n daripada 10 mahasiswa, enam adalah perempuan,” ujarnya ketika merasmikan Sambutan Hari Wanita Peringkat Daerah Pakan di Dewan Masyarakat Pakan, semalam.

Menurut Salang, apabila isteri menerima gaji yang lebih tinggi berbanding suami, adalah logik bagi suami membenarka­n isteri mereka untuk terus bekerja.

“Sudah tentu harus ada persetujua­n bersama antara kedua- dua mereka agar perkara ini boleh berlaku,” ujarnya.

Beliau berkata, ini sudah menjadi trend di negaranega­ra maju walaupun pada mulanya ia mungkin menjadi kejutan budaya di negara ini.

“Untuk itu, kita harus bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkina­n.

Golongan lelaki tidak seharusnya melihat senario ini sebagai satu ancaman dan menyebabka­n kegagalan rumah tangga mereka,” katanya.

Sementara itu, Salang juga menasihati wanita di luar bandar agar menceburi bidang perniagaan yang sesuai, selain penternaka­n secara komersil.

“Apabila anda mempunyai lebih banyak pendapatan, ini dapat membantu mening- katkan taraf hidup keluarga serta membebaska­n diri daripada masalah kewangan,” ujarnya.

Pada majlis sama, beliau mengumumka­n geran sebanyak RM20,000 bagi membantu jawatankua­sa penganjur mengatur lebih banyak aktiviti yang memberi manfaat kepada wanita di daerah Pakan.

Salang kemudian menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada ahli jawatankua­sa penganjur yang diketuai oleh Helen Mawar.

Helen dalam ucapannya sebelum itu menggesa pengundi wanita memberi sokongan penuh kepada Salang yang telah dipilih semula untuk mempertaha­nkan kerusi Parlimen Julau pada pilihan raya akan datang.

Beliau menyifatka­n Salang sebagai pemimpin yang sangat baik dan telah banyak membantu wanita di kawasan Parlimen Julau.

Untuk itu, kita harus bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkina­n. Golongan lelaki tidak seharusnya melihat senario ini sebagai satu ancaman dan menyebabka­n kegagalan rumah tangga mereka. ” Datuk Joseph Salang Ahli Parlimen Julau

 ??  ?? BERMAKNA: Fauziah (duduk, lima kanan) dan Azmee (duduk dua kiri) dengan kakitangan SARM, JKIBG, pegawai Penjara Pusat Miri serta pelajar dalam sesi bergambar semasa lawatan ke penjara itu baru-baru ini.
BERMAKNA: Fauziah (duduk, lima kanan) dan Azmee (duduk dua kiri) dengan kakitangan SARM, JKIBG, pegawai Penjara Pusat Miri serta pelajar dalam sesi bergambar semasa lawatan ke penjara itu baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia