Utusan Borneo (Sarawak)

38 Tabika KEMAS ditubuh di daerah Marudi setakat ini

-

MIRI: Sebanyak 38 Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) ditubuhkan di daerah Marudi dengan jumlah keseluruha­n murid berumur empat hingga enam tahun seramai 402 orang setakat ini.

Pegawai KEMAS Daerah Marudi Sutinah Ibrahim berkata sebuah Taska Permata kanak-kanak berumur dua hingga empat tahun turut ditubuh di Bario.

“Di bawah Bidang Keberhasil­an Utama Negara (NKRA) Pendidikan, KEMAS melaksanak­an perluasan tabika setiap kampung mahupun rumah panjang.

“Ini bagi memudahkan anak mendapatka­n pendidikan awal prasekolah dan diharap ibu bapa dapat memberi komitmen menghantar anak ke tabika,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Mini Konvokesye­n Tabika KEMAS Daerah Beluru Bakong di Dewan Masyarakat Beluru Bakong di sini kelmarin.

Turut hadir Pegawai Tadbir Daerah Beluru Malini Igil, Penyelia Prasekolah Parlimen Marudi Sufia Abdullah dan Pengurus Besar Bank Rakyat Cawangan Miri Zamry Bujang.

Pada majlis tersebut seramai 111 kanak-kanak dari sembilan Tabika KEMAS sekitar Beluru Bakong menerima sijil masing-masing.

Konvokesye­n sederhana namun meriah ini turut diserikan dengan kehadiran Batman Miri yang popular di bahagian ini.

Selain menerima sijil, kanak-kanak yang hadir begitu gembira dengan telatah dan kelincahan Batman yang begitu mencuit hati mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia