Utusan Borneo (Sarawak)

24 pelajar, guru dan ibu bapa SARM lawat Penjara Pusat Miri

-

MIRI: Seramai 24 pelajar, guru serta ibu bapa Sekolah Agama Rakyat Miri (SARM) Madrasah As-Syibyan melawat Penjara Pusat Miri barubaru ini.

Lawatan itu bertujuan untuk mewujudkan kesedaran di kalangan pelajar dan pengalaman baharu kepada mereka tentang kehidupan sebenar tahanan penjara.

Guru Besar SARM Fauziah Mokhtar Khan berkata, pengawas dan murid tahun enam didedahkan mengenai aktiviti yang dilakukan oleh tahanan selama mereka berada di situ.

“Ia adalah lawatan pertama tahun ini untuk memberikan pengalaman dan peluang ke- pada pelajar untuk mengenali kehidupan di sebalik tirai besi,” ujar.

Fauziah berkata, pada masa sama mewujudkan kesedaran di kalangan pelajar agar berkelakua­n baik serta tidak melakukan kesalahan jenayah.

Lawatan itu juga membolehka­n pelajar mengetahui inspirasi kerajaan untuk melahirkan modal insan berkualiti serta terhindar daripada sebarang masalah sosial.

“Kita akan mengadakan lebih banyak lawatan sambil belajar bagi membuka minda anak-anak kita agar mereka tahu perkara yang berlaku di sekeliling mereka,” jelasnya.

Fauziah berkata, pihak sekolah komited untuk memperkasa­kan pelajar bukan hanya cemerlang dalam akademik tetapi belajar melalui pengalaman dalam kehidupan seharian.

Selain pelajar, rombongan itu turut memberi pengalaman baharu kepada kakitangan SARM dan Jawatankua­sa Ibu Bapa Guru (JKIBG).

Pengerusi JKIBG, Azmee Abdillah berkata lawatan itu penting untuk membuka minda pelajar agar lebih positif dan berdisipli­n dalam menjalani kehidupan seharian.

Dia juga percaya rombongan itu mampu memberi impak positif kepada pelajar serta tidak melakukan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia