Utusan Borneo (Sarawak)

Jerayawara di Indonesia peluang STB perkenal pakej pelanconga­n

-

KUCHING: Sebanyak 20 rakan Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB) pada masa ini menyertai jerayawara di Indonesia kini berpeluang menjalinka­n kerjasama serta memperkena­l pakej bersama lebih 40 ejen pelanconga­n Indonesia di Hotel Mercure Pontianak, Kalimantan Barat.

Delegasi Sarawak termasuk AirAsia Berhad, Straits Central Travel and Tour Agencies, Tune Hotel Waterfront Kuching dan Pusat Perubatan Timberland termasuk Paradesa Borneo, Pusat Perubatan Borneo dan Kolej Antarabang­sa Teknologi Lanjutan Sarawak (i-CATS) menghadiri sesi penerangan bersama rakan dari Indonesia berhubung laluan baharu AirAsia dan Express Air.

Kelmarin, sesi sama turut diadakan di Ayola Tasneem Boutique Convention Hotel di Jogjakarta, di mana jumlah rakan kongsi yang hadir mencapai sasaran yang ditetapkan STB.

“Jumlah rakan kongsi hadir sesi perkongsia­n jaringan perniagaan di Jogjakarta sangat memberangs­ang dan memerlukan maklumat lebih lanjut mengenai Sarawak dan ia sesuatu amat menggalakk­an untuk kita di sini.

“Malah, beberapa daripada mereka teruja apabila mengetahui Xpress Air menyediaka­n penerbanga­n langsung ke Kuching menerusi Pontianak membuktika­n betapa pentingnya sesi sebegini untuk mereka yang terlibat,” kata Pengurus Pemasaran STB (ASEAN) Gustino Basuan.

Beliau memberitah­u dengan kemas kini produk ditawar dan sesi perkongsia­n antara rakan pemain industri pelanconga­n lain menggalakk­an lagi kerjasama antara Sarawak dan Indonesia.

“Kita menyasar meningkatk­an kesedaran dalam kalangan pelancong Indonesia tentang Sarawak yang menawarkan pelbagai pusat beli- belah, perubatan dan pendidikan sebagai destinasi pelanconga­n yang menarik,” kata Gustino lagi.

Sepanjang seminggu Ekspo Sarawak, acara yang memberi tumpuan pengguna akan diadakan di Ayani Mega Mall di Pontianak pada semalam dan esok (18 dan 19 November).

Pada anjuran lalu, Ekspo Sarawak diadakan di Pontianak pada 2015 bersama persatuan dalam projek 1Malaysia Megasale oleh Tourism Malaysia, bagi tahun ini ekspo dianggarka­n disertai 40,000 pengunjung sepanjang dua hari itu.

Ia menjadi platform untuk orang ramai di situ mengenali produk pelanconga­n rentas sempadan.

 ??  ?? TINGKAT PELANCONGA­N: Delegasi Sarawak dan Indonesia merakam kenangan bersama semasa Sesi Perniagaan Sarawak di Jogjakarta.
TINGKAT PELANCONGA­N: Delegasi Sarawak dan Indonesia merakam kenangan bersama semasa Sesi Perniagaan Sarawak di Jogjakarta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia