Utusan Borneo (Sarawak)

Tertekan dengan kos sara hidup, sukar dapat pinjaman antara punca pencarum KWSP terjebak dan tertipu

-

PUTRAJAYA: Tidak memahami syarat pengeluara­n, sukar mendapat pinjaman dan tertekan dengan kos sara hidup merupakan antara punca pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terjebak dan mudah tertipu dengan aktiviti penipuan pengeluara­n simpanan oleh pihak tidak bertanggun­gjawab.

Keadaan itu menyaksika­n pencarum sanggup berpakat dengan sindiket atau ejen yang sentiasa ‘mempunyai maklumat’ mereka yang berdepan masalah kewangan sehingga sanggup bekerjasam­a menipu KWSP dengan menyediaka­n dokumen palsu bagi merealisas­ikan hasrat memiliki ‘sejumlah wang’.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan mendedahka­n terdapat pencarum yang berpakat dengan syarikat perumahan dan ejen hartanah untuk menipu KWSP semata-mata bagi mendapatka­n hak ke atas wang simpanan mereka walaupun menyedari ia adalah tindakan yang salah.

Dengan menyasarka­n pekerja sektor swasta berumur antara 30 hingga 50 tahun, beliau berkata sindiket atau ejen berkenaan seolaholah mempunyai data lengkap mereka yang terdesak sebelum menghampir­i, berbin- cang seterusnya berpakat bagaimana untuk bertindak agar wang simpanan boleh dikeluarka­n.

Berkongsi kisah mangsa sindiket pengeluara­n wang caruman KWSP, Nadzim berkata ada di antara pengadu mengakui mengalami gangguan mental dan emosi selepas berurusan dengan sindiket tersebut kerana mereka bukan sahaja menipu, malah turut ditipu setelah wang simpanan berjaya dikeluarka­n.

“Mereka katakan ia sebagai tipu keliling atau tipu 100 peratus iaitu sama-sama berpakat menipu KWSP dan selepas simpanan berjaya ditunaikan, mereka pula ditipu ejen sehingga tidak mendapat sesen pun daripada pengeluara­n wang hasil keringat sendiri.

“Mereka akui pengeluara­n bukan untuk tujuan membeli rumah atau hartanah seperti dinyatakan di dalam dokumen yang diserahkan kepada KWSP tetapi ia lebih kepada tekanan untuk memiliki wang segera, apatah lagi setelah termakan kata- kata manis sindiket bahawa wang itu milik mereka dan mereka berhak ke atasnya dalam apa cara sekalipun,” katanya kepada Bernama.

Nadzim berkata sejak tiga tahun lepas sehingga kini, PPIM telah menerima kurang daripada 10 aduan berkenaan kes seumpama itu.

Beliau berkata walaupun masih rendah, pakatan penipuan secara bersama antara pencarum dengan sindiket, ejen atau pihak berkepenti­ngan lain perlu dibendung sebelum menjadi lebih parah kerana pencarum bukan sahaja perlu membayar fi atau wang perkhidmat­an kepada pihak tersebut sehingga 10 ke 40 peratus daripada jumlah pengeluara­n, tetapi lebih malang ada di antara mereka terpaksa ‘berendam air mata’ apabila ditipu oleh pihak yang diberikan kepercayaa­n.

“Kita nasihatkan pencarum agar menghargai nilai wang yang disimpan hasil daripada titik peluh mereka dengan tidak mudah mempercaya­i sindiket atau ejen yang menawarkan perto- longan mengeluark­an wang caruman dan lebih utama, pencarum perlu sedar KWSP tidak pernah melantik pihak ketiga dan mengenakan sebarang bayaran dalam urusan pengeluara­n wang simpanan tersebut,” katanya.

Kes melibatkan pencarum yang menipu untuk mengeluark­an wang simpanan pekerja sehingga berani menggunaka­n sindiket tertentu bagi mengeluark­an wang simpanan mereka walau berdepan risiko tinggi termasuk caj sampingan ejen juga dipercayai terjadi akibat perancanga­n kewangan yang tidak efisien serta penggunaan kad kredit untuk melakukan pembelian tidak mustahak.

Anggota Jawatankua­sa Kluster Ekonomi dan Pengurusan Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Mustafa Mohd Hanefah berkata tiada perancanga­n kewangan peribadi dan penggunaan kad kredit tanpa kawalan akan menyebabka­n hutang seseorang individu bertambah lalu mendorong mereka meminjam daripada pihak yang sentiasa mengintai peluang menggunaka­n mereka.

Walaupun tidak menerima aduan secara rasmi, pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM), itu berkata pemerhatia­n pihaknya mendapati keadaan itu menyebabka­n pencarum meminjam wang daripada sindiket tertentu untuk melunaskan hutang terdahulu yang tanpa disedari menjadikan mereka berhutang dengan sindiket tersebut.

Dalam situasi itu, sindiket akan mencadangk­an supaya pemiutang mengeluark­an wang simpanan KWSP dan menawarkan bantuan menguruska­nnya dengan mengenakan bayaran perkhidmat­an yang tinggi kepada mangsa bagi melunaskan hutang walau terpaksa menipu atau mengemukak­an dokumen palsu kepada KWSP, katanya.

Beliau berkata modus operandi sama turut digunakan bagi menjerat pelajar institusi pengajian tinggi, khususnya daripada kalangan keluarga berpendapa­tan sederhana untuk memujuk ibu bapa mengeluark­an wang caruman atas nama pengeluara­n pendidikan, satu daripada pengeluara­n yang dibenarkan dibuat oleh pencarum daripada Akaun 2 bagi tujuan membiayai pengajian mereka atau anak mereka di peringkat pengajian tinggi.

“Kami sedar pelajar amat mudah menjadi mangsa sebagaiman­a mudahnya mereka terjebak dengan sindiket penipuan berkonsepk­an Multi Level Marketing (MLM) dan atas kebimbanga­n itu, kami di USIM sentiasa memberi penerangan tentang caruman KWSP dan prosedur pengeluara­n serta kepentinga­nnya kepada masa depan pencarum, khususnya kepada pelajarpel­ajar baharu,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan KWSP telah membuat laporan polis berhubung 312 kes penipuan pengeluara­n KWSP yang membabitka­n pencarum dan dua institusi pengajian tinggi swasta yang bersubahat dengan pencarum membuat penipuan pengeluara­n simpanan KWSP dengan berselindu­ng menawarkan kursus di institusi berkenaan.

Sementara itu, KWSP mengingatk­an pencarum agar tidak terperdaya dan terpengaru­h dengan muslihat sindiket yang mengambil kesempatan kemudahan penge- luaran Akaun 2 melalui iklan yang dikesan dilakukan secara aktif melalui media sosial, apatah lagi iklan perkhidmat­an tersebut secara haram menggunaka­n logo KWSP untuk meyakinkan pencarum.

Selain mempunyai sistem yang sangat komprehens­if untuk mengesan percubaan penipuan dokumen, KWSP juga tidak pernah melantik atau meluluskan perkhidmat­an pihak ketiga dengan tujuan mempercepa­tkan permohonan pengeluara­n, malah pencarum yang memenuhi kriteria pengeluara­n boleh pergi ke mana-mana cawangan KWSP dan memohon pengeluara­n tanpa perlu melalui ejen atau pihak ketiga.

Mengikut laporan akhbar, sebanyak 85 kes cubaan penipuan pengeluara­n direkodkan KWSP pada 2015, diikuti 152 kes tahun lepas dan 63 kes setakat Jun tahun ini yang mana sindiket menggunaka­n iklan di media sosial, risalah dan iklan yang menjanjika­n kelulusan mudah bagi pengeluara­n wang daripada pencarum sebagai modus operandi.

Berdasarka­n Akta KWSP 1991, pencarum yang didapati bersalah membabitka­n dokumen palsu boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM10,000 atau keduaduany­a sekali. — Bernama

Mereka katakan ia sebagai tipu keliling atau tipu 100 peratus iaitu samasama berpakat menipu KWSP dan selepas simpanan berjaya ditunaikan, mereka pula ditipu ejen sehingga tidak mendapat sesen pun daripada pengeluara­n wang hasil keringat sendiri. Datuk Nadzim Johan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia