Utusan Borneo (Sarawak)

Polis tumpas geng langgar, samun kenderaan

-

PETALING JAYA: Polis menumpaska­n geng langgar dan samun kenderaan melibatkan sembilan kenderaan, dianggarka­n bernilai kirakira RM220,000.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata lima suspek ditahan di Subang Jaya, Selangor dan Perak susulan penahanan dua suspek di Damansara Perdana pada Ahad lepas.

“Modus operandi mereka ialah menyamun dengan cara melanggar kenderaan mangsa dari belakang sebelum bertindak menyamun dan melarikan kenderaan. Kenderaan yang dilarikan juga turut digunakan untuk menyamun mangsa seterusnya,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini semalam.

Beliau berkata kesemua suspek yang berumur 20 hingga 30- an itu direman bermula Ahad lepas sehingga Rabu depan dan susulan penangkapa­n itu, polis percaya berjaya menyelesai­kan 10 kes langgar dan samun kenderaan antara 18 dan 30 Okt sekitar Petaling Jaya.

“Hasil siasatan mendapati kesemua suspek turut aktif dalam aktiviti samun di sekitar Negeri Sembilan dan Johor,” katanya.

Beliau berkata polis turut merampas peralatan dan senjata yang digunakan untuk menyamun.

Mohd Zani berkata polis masih memburu tiga lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kes berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menasihatk­an orang ramai agar terus ke balai polis berhampira­n atau ke stesen minyak sekiranya mendapati kenderaan mereka dilanggar dari belakang.

“Jika kenderaan telah dilanggar, jangan terus keluar dari kenderaan kerana dikhuatiri ia dilakukan oleh sesetengah kumpulan untuk menyamun,” katanya. — Bernama BUKIT MERTAJAM: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang menahan enam warga asing yang bekerja sebagai tukang urut di pusat urutan tradisiona­l di Taman Seri Rambai dan Lorong Perusahaan Maju di sini, kelmarin.

Jurucakap JIM Pulau Pinang berkata hasil aduan dan risikan, pihaknya membuat pemeriksaa­n di dua premis itu dan menahan empat wanita Thailand serta dua wanita Laos yang bekerja di situ.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati mereka telah menyalah guna pas lawatan sosial. Mereka yang berusia 20 hingga 35 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut.

“Enam wanita itu dihantar ke Depot Tahanan Juru manakala seorang lelaki tempatan yang merupakan majikan di situ diarahkan hadir di pejabat JIM di Seberang Jaya untuk membantu siasatan,” katanya di sini, semalam.

Sementera itu, beliau berkata dalam Ops Ikrar di seluruh Pulau Pinang pada Khamis dan Jumaat, pihaknya menahan 44 warga asing termasuk tiga kanak-kanak lelaki kerana pelbagai kesalahan berkaitan imigresen.

Jurucakap itu berkata mereka yang berusia dua hingga 55 tahun itu ditahan dalam operasi di rumah, pusat perniagaan, tapak pembinaan dan kedai makan sekitar Nibong Tebal, Butterwort­h dan George Town.

Mereka terdiri daripada 15 warga Indonesia termasuk dua kanak-kanaklelak­i, Bangladesh (13 orang), Myanmar (tujuh), Nepal (lima orang termasuk seorang kanak-kanak lelaki) dan empat warga India.

“Semua mereka ditahan kerana tiada dokumen perjalanan diri, menyalah guna pas lawatan sosial, tinggal lebih masa dan tiada permit kerja,” katanya.

Sementara itu, Pengarah JIM Pulau Pinang Meor Hezbullah Meor Abdul malik berkata pihaknya tidak akan berkomprom­i terhadap pelawat asing yang menyalah guna pas lawatan sosial dan warga asing tanpa dokumen yang sah di negeri ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia