Utusan Borneo (Sarawak)

China, Amerika setuju CoC Laut China Selatan dimulakan tahun depan: Anifah

-

PUTRAJAYA: China dan Amerika Syarikat bersependa­pat bahawa rundingan Kod Tatalaku (CoC) di Laut China Selatan perlu dimulakan tahun depan bagi menjamin keamanan dan keselamata­n di lautan itu, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengetenga­hkan isu mengenai Laut China Selatan pada Sidang Kemuncak ASEAN- China di Manila, Filipina, sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 baru-baru ini.

“Pelaksanaa­n CoC perlu diteruskan untuk mengekalka­n keamanan dan kestabilan, kebebasan pelayaran dan penerbanga­n di Laut China Selatan. “Kita berharap ia dapat dilaksanak­an secepat mungkin,” katanya dalam taklimat media pasca Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 di sini.

CoC merupakan satu dokumen mengenai kod tatalaku negara-negara anggota ASEAN dan China di Laut China Selatan.

Ia merupakan satu daripada elemen yang dipersetuj­ui oleh negara-negara ASEAN dan China melalui Deklarasi Tata Laku Pihak Berkepenti­ngan di Laut China Selatan (DoC) adalah untuk berusaha ke arah mewujudkan CoC.

Rangka Kerja CoC telah diperakui pada Ogos tahun ini semasa Mesyuarat MenteriMen­teri Luar ASEAN.

Sementara itu, Anifah berkata Najib juga mengetenga­hkan isu berhubung ujian pelancaran peluru berpandu oleh Korea Utara pada Sidang Kemuncak ASEAN dan sidang-sidang kemuncak berkaitan di Manila itu.

Beliau berkata Malaysia berharap republik itu akan kembali ke meja perundinga­n dan mencegah Pyongyang meneruskan program senjatanya yang melanggar resolusi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB). Katanya pemimpinpe­mimpin negara yang hadir telah menyuaraka­n ia adalah isu penting kerana ia akan menggugat keamanan dan kestabilan di rantau ini.

‘Oleh itu, kita berharap Korea Utara menghormat­i resolusi-resolusi PBB.

Kita berharap mereka akan kembali berunding di bawah Rundingan Enam Pihak.

“Kita menaruh harapan China dapat mempengaru­hi Korea Utara,” katanya.

Sementara itu, Anifah berkata Najib disokong Presiden Indonesia Joko Widodo juga membangkit­kan isu diskrimina­si oleh Parlimen Eropah ke atas pemasaran kelapa sawit ke pasaran Kesatuan Eropah (EU) pada Sidang Kemuncak ASEAN-EU yang turut dihadiri Presiden EU, Donald Tusk.

Menurutnya, isu kelapa sawit akan menjejaska­n lebih 600,000 pekebun kecil di Malaysia manakala di Indonesia terdapat lebih 17.5 juta pekebun kecil yang akan terjejas. Beliau berkata Presiden EU telah memberi jaminan peribadi beliau untuk meneliti perkara tersebut serta mencari pendekatan yang boleh diambil dalam jangka pendek.

Secara kolektif, Malaysia dan Indonesia menyumbang lebih RM57 bilion pengeluara­n minyak sawit global pada tahun lalu.

Pada April lalu, Parlimen Eropah meluluskan satu resolusi yang mensyaratk­an hanya minyak sawit dihasilkan secara lestari boleh diimport ke pasaran EU selepas 2020.

Ketetapan itu menekankan keperluan pensijilan tunggal pasaran eksport minyak sawit ke Eropah yang perlu dihasilkan secara lestari tanpa melibatkan aktiviti penebangan hutan dan resolusi itu turut melabelkan skim pensijilan sedia ada sebagai tidak memenuhi syarat dan piawaian antarabang­sa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia