Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Sabah berhak bincang hak mereka dalam MA63 tanpa perlu takut

-

PENAMPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa Kerajaan Persekutua­n tidak berniat dan berhak untuk mengambil apa-apa yang sememangny­a menjadi hak negeri dan rakyat Sabah berdasarka­n Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Kalau kita terambil, kalau terambil dahulu, kita kena pulangkan balik. Ini perjuangan kita.

Bukan perjuangan Parti Bersatu Sabah (PBS) sahaja. Ini perjuangan kita bersama. Saya berkongsi sentimen anda,” kata Najib semasa berucap merasmikan Persidanga­n Perwakilan Tahunan PBS kali ke-32 di sini semalam.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Timbalan Presiden PBS yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan pemimpin-pemimpin parti-parti komponen BN.

Justeru, kata Najib, rakyat Sabah berhak untuk memperkata­kan atau membicarak­an berkaitan hak mereka dalam MA63 tanpa perlu takuttakut diambil tindakan. “Nak sebut MA63 sebutlah. Saya tidak akan masukkan sesiapa di bawah Akta Keselamata­n Dalam Negeri (ISA).

Datuk Seri Dr Maximus (pernah) berehat 60 hari di bawah ISA. Sebab ‘orang itu’ masukkan dia di bawah ISA... Apa yang saya mahu ialah kita berlaku adil,” katanya.

Najib berkata semua pihak perlu memberi sedikit masa kepada kerajaan persekutua­n untuk mengkaji intepretas­i undang- undang berkaitan MA63 kerana pada masa ini terlalu banyak tafsiran mengenainy­a berdasarka­n pihak yang mentafsirk­annya.

Katanya kesediaan kerajaan BN untuk meneliti dan mendengar keluhan rakyat Sabah termasuk berkaitan pendatang asing tanpa izin

Kalau kita terambil, kalau terambil dahulu, kita kena pulangkan balik. Ini perjuangan kita. Bukan perjuangan Parti Bersatu Sabah (PBS) sahaja. Ini perjuangan kita bersama. Saya berkongsi sentimen anda. Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri

dan MA63 membuktika­n bahawa masa depan rakyat negara ini dan negeri Sabah di bawah BN adalah cerah. “Kita dah nampak.

Semalam kita umumkan pertumbuha­n ekonomi Malaysia ialah 6.2 peratus, antara tertinggi di dunia.

Kita dah buat macammacam. (Pembinaan) Lebuhraya Pan Borneo sedang berjalan rancak.

Laluan 1 MRT di Kuala Lumpur sudah siap. Ini semua cerminan masa depan Malaysia.Kita akan jaga segala- galanya termasuk keselamata­n orang Sabah,” katanya.

Justeru, kata Najib, rakyat Sabah perlu yakin bahawa BN adalah pilihan terbaik mereka manakala parti-parti pembangkan­g kini dalam keadaan bercelaru termasuk sebuah parti yang tidak patuh kepada perlembaga­annya sendiri.

“Bukan undang- undang kita. Undang- undang dia sendiri tak dapat ikut. Macam mana nak perintah negara ïni,” katanya.

Kata Najib, bagi Kerajaan Persekutua­n di bawah pimpin- annya, beliau akan terus membangunk­anSabahden­gankerjasa­ma pemimpin-pemimpin dari negeri Sabah yang disifatkan­nya sebagai pemimpin yang baik.

“Sabah akan terus berjaya. Kita ada pemimpin baik-baik di Sabah ini yang boleh bekerjasam­a dengan saya.

Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa, PBS jadi rakan setia kita. Masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) dapat kita selesaikan, masalah tanah adat dapat diselesaik­an,” katanya.

Sebab itu, kata Najib, rakyat Sabah tidak boleh bergantung harap kepada parti pembangkan­g yang hanya pandai menjual janji kerana Sabah memerlukan kerajaan yang boleh menjamin masa depan rakyat yang cemerlang.

Ketika beliau bertanyaka­n perwakilan mengenai kesiapsiag­aan mereka menghadapi pilihan raya umum, respons yang diperoleh adalah mereka sudah bersedia.

“Kalau anda yakin, saya pun yakin pilihan raya sudah boleh diadakan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PELANCARAN: Najib (dua kanan) melancarka­n Pakej Kerja Keenam Projek Lebuh Raya Pan Borneo sejauh 19.6km menghubung­kan Putatan dengan Inanam di Padang Putatan dekat Putatan, semalam. Turut hadir Musa (tiga kanan), Joseph (tengah) dan Menteri Kerja Raya...
— Gambar Bernama PELANCARAN: Najib (dua kanan) melancarka­n Pakej Kerja Keenam Projek Lebuh Raya Pan Borneo sejauh 19.6km menghubung­kan Putatan dengan Inanam di Padang Putatan dekat Putatan, semalam. Turut hadir Musa (tiga kanan), Joseph (tengah) dan Menteri Kerja Raya...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia