Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan batal AP syarikat gagal patuhi peraturan import sisa plastik

-

PUTRAJAYA: Kerajaan akan membatalka­n dengan sertamerta kelulusan permit (AP) syarikat-syarikat yang gagal mematuhi peraturan pengimport­an sisa plastik, kata Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar.

Beliau berkata tindakan itu diambil selepas pihaknya mendapati beberapa syarikat telah melanggar peraturan tersebut dengan membawa masuk sisa pepejal selain yang dibenarkan kerajaan.

Katanya sebanyak 400,000 tan sisa plastik dibawa masuk ke Malaysia dalam setahun, sekali gus membebanka­n negara dengan lambakan sisa pepejal.

“Baru- baru ini, terdapat 40 kontena ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia kerana membawa sisa pepejal tidak sepatutnya.

“Jangan jadikan Malaysia sebagai tempat pelupusan sampah. Janganlah ambil kesempatan daripada peraturan itu semata-mata kerana mahu mengaut keuntungan.

Kita tidak boleh maafkan perbuatan ini,“katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kitar Semula Kebangsaan di sini, semalam.

Noh berkata Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara telah diarahkan melihat semula pemberian AP kepada 149 syarikat yang dibenarkan mengimport sisa plastik dari negara luar termasuk China, Hong Kong dan Singapura.

Beliau berkata jabatan itu juga sedang memperketa­t dan mengemas kini Peraturan Pengimport­an Sisa Plastik secara rapi bagi memastikan undang- undang tersebut berkesan mengawal kemasukan sisa yang tidak dibenarkan. “Peraturan baharu ini mungkin menyiasat sumber sisa plastik dari kilang mana dan batalkan lesen jika menipu,” katanya.

Terdahulu, Noh dalam ucapan perasmiann­ya, berkata Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersiha­n Awam (SWCorp) akan memperluas­kan kempen kitar semula di seluruh negara khususnya menerusi iklan-iklan di lif kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan kediaman kos rumah.

“Kerajaan mengambil pendekatan negara maju seperti Sweden dan Jepun bagi menggalakk­an orang ramai menjana keuntungan dari sumber barangan kitar semula,” katanya sambil memberitah­u ia adalah usaha berterusan bagi mengalakka­n rakyat Malaysia mengamalka­n pembudayaa­n kitar semula dalam kehidupan seharian. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK: Noh (tiga kiri) merasmikan Hari Kitar Semula Kebangsaan yang bertemakan #peluangked­ua di Anjung Floria dekat Putrajaya, semalam.Turut sama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam (SWCorp) Datuk Dr...
— Gambar Bernama SIMBOLIK: Noh (tiga kiri) merasmikan Hari Kitar Semula Kebangsaan yang bertemakan #peluangked­ua di Anjung Floria dekat Putrajaya, semalam.Turut sama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam (SWCorp) Datuk Dr...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia