Utusan Borneo (Sarawak)

Najib rakan dipercayai dan diberi perhatian Presiden Trump

-

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah rakan yang boleh dipercayai Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan merupakan rakan yang diberikan perhatian penting termasuk dalam isu-isu yang diketengah­kan Malaysia.

Itu kesimpulan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman yang melihat dan menilai keselesaan dan penghargaa­n Presiden Trump terhadap Najib terutama ketika menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN dan sidang kemuncak berkaitan di Manila, Filipina baru-baru ini.

Berkongsi pengalaman penyertaan­nya itu dalam taklimat media pasca Sidang Kemuncak ASEAN ke- 31 di sini, Anifah berkata pada sesi dialog ASEAN-Amerika Syarikat sempena Sidang Kemuncak ASEAN itu, Trump memuji Najib atas peranan cemerlang yang dimainkan oleh Malaysia sebagai negara penyelaras hubungan dialog ASEAN-Amerika Syarikat.

Trump turut membuat penegasan di hadapan pemimpin yang hadir mengenai persahabat­annya dengan Najib yang telah terjalin sebelum beliau menyandang jawatan Presiden Amerika Syarikat, katanya. “Perdana Menteri Najib adalah kawan baik saya, sahabat baik saya.

Kami telah lama kenal sebelum saya menjadi Presiden ketika saya berada di dalam dunia perniagaan. Dalam kehidupan, anda tidak akan tahu di mana kesudahann­ya”, kata Trump, yang menurut Anifah diungkapka­n pada awal sesi dialog itu sambil me- lihat wajah-wajah pemimpin ASEAN.

Anifah menyifatka­n kenyataan Trump bahawa Najib adalah kawan baiknya merupakan satu penghargaa­n kerana Presiden Amerika Syarikat itu adalah seorang yang ‘ lokek’ dengan perkataan yang memuji pemimpinpe­mimpin dan negara.

“Tapi dia (Trump) memilih Malaysia, dia kata Datuk Seri Najib adalah kawan baik saya,” katanya.

Ini bukan kata-kata yang mudah dikeluarka­n Trump, dari segi bahasa gerak-geri, dia juga ikhlas,” katanya.

Anifah yang mengikuti rapat gaya Trump sejak berkempen sebagai Presiden Amerika Syarikat mendapati beliau seorang yang tidak berselindu­ng dan terus terang dalam kata-katanya seperti slogan kempennya “Make America Great Again”.

Menurut Anifah, Trump dengan berpanduka­n slogan berkenaan dalam penyertaan pertamanya pada dialog ASEAN-Amerika Syarikat itu telah menyatakan komitmen tentang kepentinga­n ASEAN dan menghargai hubungan dialog ASEAN- Amerika Syarikat serta turut menggalakk­an untuk kerjasama yang saling menguntung­kan kedua-dua belah pihak.

Presiden Trump, menurut Anifah, telah menyeru kepada amalan perdaganga­n yang bebas dan adil bagi menyelaras­kan jurang imbangan perdaganga­n antara ASEAN dan Amerika Syarikat. Anifah berkata Najib mempunyai kualiti yang menyebabka­n Trump menghargai­nya dan mempercaya­inya.

Anifah berpendapa­t sikap konsisten yang dipamerkan Malaysia dalam pelbagai isu dan pendirian seperti Rohingya dan Laut China Selatan menyebabka­n Trump menghargai Najib sebagai rakan pemimpin yang boleh dipercayai.

Selain itu, katanya, walaupun Malaysia rapat dengan China namun ia tidak berkomprom­i dalam isu-isu yang melibatkan kedaulatan negara. Menurut Anifah, Trump mendengar dengan tekun apabila Najib membentang­kan isu-isu.

“Sekiranya Datuk Seri Najib tidak menarik perhatian Trump berhubung isu-isu nasional, serantau dan antarabang­sa, saya tidak fikir Trump akan memberi perhatian kepadanya,” katanya.

Beliau berkata ia sudah semestinya di atas penilaian Trump sendiri terhadap Najib bahawa ia adalah berbaloi untuk mempunyai rakan di bahagian rantau ini dan seorang rakan “yang anda boleh percaya”.

Anifah berkata persahabat­an yang terjalin antara Najib dan Trump sebelum ini antara faktor yang memungkink­an Najib dijemput ke White House selepas beberapa bulan Trump menjadi presiden.

Berkongsi pengalaman penglibata­nnya dalam mengatur pertemuan Najib dan Trump, Anifah berkata beliau mengemukak­an surat cadangan pertemuan dua pemimpin itu untuk membincang­kan isu-isu utama kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat Rex Tillerson pada Mei tahun ini.

“Tak payahlah kita bayar konsultan. Kita tidak pernah mengambil perunding atau membayar sesiapa pun,” katanya, sambil menambah beliau dimaklumka­n ketika mengemukak­an surat berkenaan bahawa pertemuan Najib dan Trump akan menjadi senarai keutamaan.

Pertemuan Najib dan Trump di White House berlangsun­g pada 12 Sept lepas. “Mei hingga September ialah empat bulan. Sekiranya Datuk Seri Najib tidak kenal Trump, adakah kemungkina­n boleh adakan pertemuan dua hala dalam masa empat bulan,” kata Anifah

Anifah berkata perancanga­n menjemput Presiden Trump ke Malaysia mungkin akan dibuat selepas pilihan raya umum ke- 14 nanti. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia