Utusan Borneo (Sarawak)

KEMAS terap kepentinga­n Institusi Diraja di tabika

Dalam usaha memperkasa dari peringkat awal pendidikan

-

BERA: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan menerapkan kepentinga­n Institusi Diraja, aspek nilai murni dan pengajaran pendidikan Islam serta moral di 11,216 Taman Bimbingan Kanak- kanak (Tabika) di bawah kendaliann­ya di seluruh negara, tahun depan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata KEMAS merupakan institusi pendidikan pertama yang menerapkan kepentinga­n Institusi Diraja dalam sukatan pelajaran dalam usaha memperkasa­kannya dari peringkat awal pendidikan.

Katanya, inisiatif memasukkan kepentinga­n Institusi Diraja dalam subjek patriotism­e bertujuan supaya kanakkanak menerima pendidikan dengan baik untuk menghormat­i institusi itu serta mempunyai asas keagamaan yang cukup sebagai bekalan apabila dewasa.

“Anak-anak muda hari ini sudah semakin tidak menghormat­i raja sehingga ada yang tergamak mengeluark­an kenyataan atau menggunaka­n ayat tidak sopan dalam media sosial dan sebagainya.

Ini yang perlu kita tangani dengan memberi pendedahka­n kepada mereka dengan kepentinga­n Institusi Diraja sejak kecil,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvokesye­n Kanak-Kanak Tabika KEMAS dan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) PERMATA KEMASParli­men Bera di Dewan Ibu Pejabat Polis Bera di sini, semalam.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah KEMAS Datuk Amiruddin Ariffin dan Pengarah KEMAS Pahang Ahmad Fakhrul Azman Muhammad Radzi.

Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera berkata 220,000 murid tabika di 11,216 tabika KEMAS seluruh negara akan memperoleh manfaat daripada perubahan itu yang dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran patriotism­e.

Beliau berkata perkara itu juga selari dengan titah Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada konvokesye­n Universiti Kuala Lumpur (UniKL) baru- baru ini yang mahu golongan muda didedahkan dengan kepentinga­n Institusi Diraja pada peringkat awal.

Ismail Sabri menambah penekanan dalam aspek nilai murni dan pendidikan agama pula penting kerana masalah gejala sosial yang semakin membimbang­kan dalam kalangan anak muda.

Selain itu, beliau juga memberi jaminan bahawa kementeria­n sentiasa memastikan proses pengajaran dan pembelajar­an di tabika KEMAS sentiasa relevan dan mengikut keperluan semasa. — Bernama

Anak-anak muda hari ini sudah semakin tidak menghormat­i raja sehingga ada yang tergamak mengeluark­an kenyataan atau menggunaka­n ayat tidak sopan dalam media sosial dan sebagainya. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

 ?? — Gambar Bernama ?? MENZIARAHI: Mustapa (tengah) menziarahi warga emas Yunus Idris, 64, di Pulau Beluru, Kota Bharu, semalam.
— Gambar Bernama MENZIARAHI: Mustapa (tengah) menziarahi warga emas Yunus Idris, 64, di Pulau Beluru, Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia