Utusan Borneo (Sarawak)

Najib pemimpin berjiwa besar sanggup lawat Anwar: Mustapa

-

TUMPAT: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seorang pemimpin berjiwa besar apabila sanggup mengetepik­an perbezaan fahaman politik apabila melawat bekas ketua pembangkan­g Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menerima rawatan selepas pembedahan di Hospital Kuala Lumpur kelmarin.

Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata dalam politik, Anwar adalah musuh Barisan Nasional (BN) namun atas prinsip ukhuwah dan Islamiah, Najib yang juga Presiden UMNO lebih mengutamak­an silaturahi­m.

“Sebelum ini pun, Perdana Menteri melawat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menerima rawatan di Institut Jantung Negara.

“Ini cara politik matang yang kita amalkan walaupun wujud perbezaan fahaman politik tetapi silaturahi­m tidak terputus,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Semarak Bahasa Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2017 peringkat Negeri Kelantan di Sekolah Kebangsaan Pulau Beluru di sini, semalam.

Mustapa yang juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri berkata amalan politik matang tersebut juga dapat dilihat apabila Perdana Menteri bersama Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menyelesai­kan masalah rakyat ketika bah kuning pada 2014.

Pada 22 Sept lalu, Anwar yang mendapatka­n rawatan untuk masalah kesihatann­ya di HKL, terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan dari hospital berkenaan ke Penjara Sungai Buloh.

Anwar dilaporkan menjalani pembedahan artroskopi susulan kecederaan di bahu kanannya, Ahad lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia