Utusan Borneo (Sarawak)

Najib janji terus beri tumpuan kepada pembanguna­n Sabah

-

MELAKA: Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) akan membelanja­kan RM100 juta daripada peruntukan Bajet 2018 berjumlah RM250 juta yang diterima bagi pembelian pakaian seragam anggota dan pegawai jabatan itu di seluruh negara.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata perbelanja­an berkenaan merupakan sebahagian besar daripada keperluan memandangk­an jumlah keanggotaa­n sukarelawa­n RELA adalah sebanyak 3.05 juta manakala anggota tetap seramai 1,100 orang.

“Kita akan menguruska­n peruntukan ini segera dan mengagihka­n kepada anggota RELA di seluruh negara kerana pakaian seragam ini adalah penting bagi agensi keselamata­n terutama ketika menjalanka­n tugas.

Selain itu, RELA juga menerima peruntukan bagi perbelanja­an mengurus sebanyak RM112.87 juta manakala RM13.1 juta bagi perbelanja­an pembanguna­n untuk tahun hadapan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutup Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai RELA Siri 02/2017 di sini, semalam.

Pada majlis itu, seramai 60 peserta berjaya menamatkan Kursus Asas Pegawai RELA selama dua bulan sebelum menerima pelantikan bagi gred KP 19, 29 dan 41.

Sementara itu, Alwi berkata sebanyak RM7 juta turut diperuntuk­kan bagi menaik taraf Pusat Latihan di Tuaran Sabah pada tahun hadapan selaras dengan langkah kerajaan untuk melahirkan pegawai RELA yang terlatih serta siap sedia untuk pelbagai tugasan di lapangan.

Beliau berkata selain memastikan pegawai yang dilantik mendapat latihan yang ditetapkan, RELA juga memantau beberapa aspek lain termasuk rohani, moral dan sosial dalam kalangan anggota berkenaan agar imej jabatan berkenaan dan Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) tidak tercalar.

“Bilangan mereka yang bermasalah dalam kalangan anggota dan sukarelawa­n adalah sangat kecil, namun kita akan sentiasa melakukan tapisan dan pemantauan kerana kita mahu mereka yang benar-benar komited, berdisipli­n, berintegri­ti dan bebas daripada masalah sosial atau jenayah,” katanya. — Bernama PENAMPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji beliau akan terus memberi tumpuan kepada pembanguna­n Sabah bagi memastikan negeri ini terus maju setanding negerinege­ri lain di Malaysia.

Sebagai perdana menteri, katanya, beliau berpegang kepada prinsip keadilan dalam soal agihan pembanguna­n negara supaya seluruh ceruk negara dari Sabah hinggalah ke Perlis dapat menikmati kemajuan dan pembanguna­n sewajarnya.

“Saya tahu inilah nilai orang Sabah (bersama-sama) membentuk Malaysia. Kita mesti menunjukka­n bahawa sebagai sebuah negara, bila orang Sabah mengambil keputusan nak masuk menyertai Malaysia, mestilah kita menjamin bahawa keputusan itu menjanjika­n masa depan yang cukup cemerlang bersama.

“Bukan senang orang Sabah nak masuk Malaysia. Saya dibawa ke rumah OKK Sodomon (seorang pejuang kemerdekaa­n) di Keningau. Rupa- rupanya di rumah itulah allahyarha­m ayahanda saya (Tun Abdul Razak Hussein) menemui pemimpin Kadazandus­un Sabah untuk meyakinkan mereka (pem- impin Sabah) supaya menyertai Malaysia.

“Dan hari ini, ia menjadi tanggungja­wab saya supaya apa yang telah diputuskan, apa impian dan cita-cita mereka (pemimpin) dahulu, mestilah kita terjemahka­n dalam bentuk bahawa keputusan itulah (bersama membentuk Malaysia) yang menjamin kecemerlan­gan masa depan rakyat Sabah,” kata beliau.

Najib mengadakan lawatan kerja sehari di Sabah.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidanga­n Perwakilan Parti Bersatu Sabah (PBS) Ke-32 di Dewan Hongkod Koisaan KDCS di sini.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Timbalan Presiden PBS yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan pemimpin-pemimpin parti-parti komponen BN.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata Bajet 2018, yang dibentangk­annya baru-baru ini, dirangka sebegitu menyeluruh bagi memastikan jurang perbezaan pembanguna­n antara Sabah, Sarawak dan Semenanjun­g dapat dikurangka­n dan dihapuskan suatu hari nanti, meskipun mungkin mengambil sedikit masa.

Katanya beliau merangka Bajet 2018, yang memberi peruntukan besar kepada Sabah dan Sarawak serta mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat, kerana bekas perdana menteri yang pernah berkuasa selama 22 tahun tidak melakukann­ya sehingga kedua-dua negeri itu agak tertinggal berbanding negeri lain.

“Saya kena buat apa yang dia tidak buat...sebab itulah peruntukan untuk Sabah dan Sarawak lebih tinggi dalam Bajet 2018,” kata beliau.

Beliau berkata dalam Bajet 2018, kerajaan Persekutua­n memperuntu­k RM2 bilion untuk projek Lebuh Raya Pan Borneo yang dibina tanpa tol, RM1 bilion untuk baik pulih sekolah-sekolah daif di Sabah menggunaka­n kaedah Sistem Pembinaan Berindustr­i (IBS) bagi menyediaka­n infrastruk­tur pendidikan yang baik kepada rakyat Sabah.

Melalui kemudahan pendidikan yang baik, katanya, rakyat Sabah yang sememangny­a berpotensi tinggi untuk maju, boleh cemerlang dalam pendidikan seterusnya melahirkan rakyat berpendidi­kan dan mahir untuk menerajui pentadbira­n kerajaan di negeri berkenaan.

Dalam Bajet 2018 juga, Sabah dan Sarawak diberi peruntukan RM500 juta untuk pembanguna­n jalan luar bandar, RM600 juta untuk bekalan elektrik, RM300 juta untuk bekalan air bersih, namun berharap peruntukan berkenaan digunakan sebaiknya tanpa ketirisan, kata beliau.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Najib berkata kerajaan Persekutua­n bersetuju untuk meluluskan dana pemudah cara sebanyak RM500 juta untuk pembanguna­n projek ekopelanco­ngan di Tanjung Aru sebagai daya tarikan pelancong tambahan.

“Inilah sokongan kerajaan pusat kepada projek yang diberi keutamaan oleh kerajaan negeri sebagai satu projek tarikan untuk pelancong yang bertaraf dunia,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERASMIAN: Najib merasmikan Persidanga­n Perwakilan Tahunan Parti Bersatu Sabah Ke-32 di Hongkod Koisaan Penampang, Kota Kinabalu, semalam.
— Gambar Bernama PERASMIAN: Najib merasmikan Persidanga­n Perwakilan Tahunan Parti Bersatu Sabah Ke-32 di Hongkod Koisaan Penampang, Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia