Utusan Borneo (Sarawak)

PBS mahu kerajaan persekutua­n beri perhatian serius hak Sabah: Pairin

-

PENAMPANG: Parti Bersatu Sabah (PBS) mahu tiga isu utama dikemukaka­n parti itu menerusi memorandum kepada Jawatankua­sa Negeri Sabah mengenai Hak-Hak Sabah dalam Persekutua­n Malaysia dan memo kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diberi perhatian serius, kata Presidenny­a Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Pairin berkata isu utama dikemukaka­n itu merupakan hak-hak termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) merangkumi Borneonisa­si dan penurunan kuasa selain memasukkan sejarah pembentuka­n Malaysia ke dalam sukatan pelajaran di sekolah.

“Kami berhadap cadangan, keluhan dan ketidakpua­san hati dikemukaka­n kepada jawatankua­sa bersama di peringkat Persekutua­n akan diberi perhatian serius,” katanya dalam ucapan dasar pada majlis perasmian Persidanga­n Perwakilan Tahunan PBS ke-32 di Dewan Hongkod Koisaan KDCA, di sini semalam.

Majlis disempurna­kan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional ( BN). Turut hadir Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman merangkap Pengerusi BN Sabah serta Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan air.

Pairin berkata meskipun pelantikan pegawai kanan perkhidmat­an awam persekutua­n dalam kalangan rakyat Sabah semakin baik, namun beliau mahu lebih ramai lagi rakyat Sabah mengisi jawatan itu termasuk dalam badan berkanun, syarikat berkaitan kerajaan dan universiti tempatan di Sabah atau Semenanjun­g.

“Ini adalah bersesuaia­n dengan jaminan Borneonisa­si sekali gus sejajar dengan matlamat asal Persekutua­n Malaysia dalam MA63,” katanya, dan menambah, sudah tiba masa lebih ramai rakyat Sabah dilantik dan diserapkan ke dalam Skim Perkhidmat­an Pegawai Tadbir dan Diplomatik, tentera serta polis,” katanya.

Timbalan Ketua Menteri itu berkata jawatankua­sa PBS telah mengkaji perkara dijanjikan dalam MA63 mengenai isu pengagihan kuasa selain men- cadangkan tindakan pemulihan bagi menyemak semula hakhak sepatutnya dinikmati Sabah termasuk berkaitan sistem pentadbira­n mahkamah tinggi di Sabah dan Sarawak.

PBS juga mahu kerajaan Persekutua­n mempertimb­ang menambah baik dan memperinci­kan maklumat sejarah pembentuka­n Malaysia dalam silibus pendidikan negara merangkumi Laporan Suruhanjay­a Cabbold; 20 perkara Sabah dan 18 perkara Sarawak, Jawatankua­sa Antara Kerajaan dan MA63, katanya.

Menurutnya, fakta berhubung pembentuka­n Malaysia dalam buku teks sejarah sekolah sedia ada sekarang terlalu ringkas, dan dengan penambahba­ikan tersebut generasi akan datang lebih memahami serta menghargai pembentuka­n negara.

Dalam perkembang­an berkaitan, Pairin berkata, PBS turut mengalu-alukan serta menyokong segala usaha pelbagai pihak khususnya daripada parti komponen BN untuk memulihkan kembali hak-hak rakyat Sabah seperti ditetapkan dalam MA63.

Pairin berkata rakyat Sabah boleh membincang­kan isu MA63 secara terbuka semasa pentadbira­n Najib, namun, perkara itu berbeza ketika era pentadbira­n Tun Dr Mahathir Mohamad kerana MA63 dianggap sensitif dan rakyat Sabah merasa takut membincang­kan perkara itu kerana tindakan akan diambil dengan menahan mereka di bawah Akta Keselamata­n Dalam Negeri (ISA).

“Pada masa itu, tiada tempat dan peluang membincang­kan isu (MA63) secara terbuka. Namun, PBS berterima kasih kepada perdana menteri (Najib) kerana beliau bukan sahaja menghapusk­an ISA, malah bersedia mendengar keluhan atau kebimbanga­n rakyat Sabah jika ada mana-mana peruntukan perjanjian Malaysia yang disalahtaf­sirkan.

PBS juga yakin dan percaya perdana menteri (Najib) tidak akan mengabaika­n atau mengendahk­an hak-hak Sabah dalam Persekutua­n Malaysia malah perdana menteri sentiasa prihatin untuk menangani isu berkenaan secara aman menerusi perundinga­n,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia