Utusan Borneo (Sarawak)

Projek RTS disegeraka­n selepas diperkenan Sultan Johor

-

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri Johor mahu Projek Sistem Transit Rapid (RTS), yang menghubung­kan Woodland, Singapura ke Bukit Chagar, Johor Bahru, dimulakan segera berikutan jajaran dan reka bentuknya sudah diperkenan­kan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perkenan daripada Sultan Ibrahim harus menjadi asas kepada Malaysia dan Singapura untuk berbincang selepas mempunyai kepastian terhadap projek terbabit.

“Kita mengalu- alukan. Maknanya, apabila sudah ada kepastian mengenai jajaran dan reka bentuk, ia patut menjadi asas kepada kedua-dua negara untuk bincang.

“Kerajaan negeri mahu projek RTS itu dilaksanak­an segera kerana ia boleh membantu mengurangk­an kesesakan di Tambak Johor. Saya difahamkan sekali RTS lalu, ia boleh membawa beberapa ribu penumpang. Jadi, Johor Bahru memang memerlukan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pecah tanah Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang dekat sini, semalam.

Mohamed Khaled mengulas kenyataan Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat ( SPAD) kelmarin bahawa Sultan Ibrahim sudah pun memberi perkenan bagi pembinaan jajaran jambatan Projek Sistem Transit Rapid (RTS) setinggi 25 meter yang akan merentasi Selat Johor secara lurus menghubung­kan Woodland ke Bukit Chagar.

Baginda memberi perkenan itu ketika menerima menghadap Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Azharuddin Mat Sah bersama-sama pegawai-pegawai kanannya di Istana Bukit Pelangi di sini, pada Rabu.

Sebelum ini, Sultan Ibrahim dilaporkan tidak bersetuju dengan cadangan reka bentuk landasan RTS yang melengkung selain jambatanny­a yang mungkin mencapai ketinggian 30 meter di bahagian tengahnya.

Justeru itu, baginda meminta agar reka bentuk itu dikaji semula dan mengambil kira penjajaran yang lurus. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia