Utusan Borneo (Sarawak)

Coleman letak jawatan pengurus Wales untuk ke Sunderland

-

LONDON: Chris Coleman meletak jawatan sebagai pengurus Wales kelmarin untuk mengambil alih tugas di kelab liga Kejuaraan Inggeris Sunderland selepas dia gagal untuk membawa negaranya ke kejohanan bola sepak Piala Dunia.

Coleman, yang membimbing Wales yang didorong oleh Gareth Bales ke peringkat separuh akhir Euro 2016, akan diberi tugasan untuk menjulang Sunderland dari tempat tercorot liga dan seterusnya dinaikkan semula ke Liga Perdana Inggeris.

Masa depannya bersama Wales menjadi tanda tanya dari saat mereka gagal untuk layak bagi Rusia 2018.

Jonathan Ford, Ketua Eksekutif Persatuan Bola Sepak Wales ( FAW), berkata: “Kami amat kecewa sekali melihat tempoh Chris sebagai pengurus Wales berakhir.

“FAW dan Wales sebagai sebuah negara akan sentiasa bersyukur di atas kerja yang dia telah buat sejak enam tahun lalu.

“Kami mendoakan yang terbaik bagi Chris pada masa depan apabila dia kembali kepada pengurusan kelab, satu keinginan yang dia sentiasa jujur dan terbuka mengenainy­a.”

Sunderland memecat Si- mon Grayson pada hujung Oktober dan beberapa calon dipercayai telah menjauhkan diri daripada jawatan itu di Stadium of Light.

Sumber di kelab itu memberitah­u Persatuan Media di Britain bahawa Coleman adalah satu- satunya orang yang telah ditawarkan jawatan itu walaupun spekulasi menyebut Pengurus Ireland Utara Michael O’Neill menolak peluang tersebut.

Coleman akan mengambil kelab yang dihambat oleh kekangan kewangan dan dalam bahaya mengalami penyingkir­an bagi musim kedua berturut- turut.

Walaupun tugasan di hadapan begitu mencabar, tarikan untuk kembali kepada pengurusan kelab selepas lima tahun ternyata kuat bagi bekas pengurus Fulham berusia 47 tahun itu.

Dia menjadi pengurus Wales pada Januari 2012 ekoran kematian Gary Speed dan membina sebuah pasukan sekitar Bale, pemain sayap Real Madrid, yang mengejutka­n pasukan negara elit di Eropah untuk mara ke peringkat separuh akhir Euro 2016 di Perancis. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia