Utusan Borneo (Sarawak)

Dortmund tumpas di tangan Stuggart

-

BERLIN: Borussia Dortmund mengalami satu lagi masalah dalam cabaran mereka untuk merebut kejuaraan Bundesliga apabila mereka tewas 2-1 di VfB Stuttgart kelmarin.

Dortmund, tanpa penyerang Pierre-Emerick Aubameyang yang digantung perlawanan kerana tiba lewat untuk latihan, membuat persediaan terburuk untuk perlawanan mesti menang Selasa ini dalam Liga Juara-Juara di stadium sendiri menentang Tottenham Hotspur.

Rembatan rendah Josip Brekalo menerusi kaki penjaga gol Dortmund Roman Buerki menentukan mata selepas gol pembukaan Chadrac Akolo diikat oleh Maximilian Philipp di Mercedes Benz Arena.

Dortmund mungkin akan tersingkir dari Liga Juara-Juara jika pun mereka menewaskan Tottenham, bergantung kepada keputusan perlawanan lain.

Selepas kekalahan yang meninggalk­an mereka enam mata di belakang Bayern, kapten Dortmund Marcel Schmelzer berkata dia gembira dengan prestasi yang dipamerkan selepas permulaan musim yang goyah.

“Dari segi semangat berpasukan dan cara kami bermain, kami telah mengambil langkah ke arah yang betul,” kata Schmelzer.

Dortmund ketinggala­n selepas empat minit apabila hantaran Marc Bartra yang terlalu kuat ke belakang melantun dari badan penjaga gol Buerki, untuk membolehka­n Akolo mengelecek ke dalam jaring kosong.

Stuttgart membalas dalam masa tambahan pad separuh masa pertama apabila cubaan pemenang Piala Dunia Mario Goetze untuk mengangkat bola ke atas seorang pemain pertahanan dikatakan terkena tangan.

Tendangan percuma Andre Schuerle yang baik diselamatk­an tetapi Philipp merembat masuk bola yang melantun balik dari sudut kecil.

Stuttgart meletakkan diri di hadapan semula apabila Brekalo merembat bola menerusi kaki Buerki. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia