Utusan Borneo (Sarawak)

Ujian sebenar bakal teruji untuk Sukan Komanwel, Sukan Asia termasuk Olimpik Tokyo 2020

-

KUALALUMPU­R:MenteriBel­ia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengingatk­an kepada kontinjen negara bahawa ujian sebenar prestasi atlet Malaysia adalah pada Sukan Asia dan Sukan Komanwel tahun depan.

Beliau berkata kejayaan Malaysia pada Sukan SEA dan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (KL 2017) merupakan permulaan untuk kontinjen negara beraksi lebih cemerlang di peringkat Sukan Komanwel dan Sukan Asia

Apabila kita tutup buku tentang KL 2017, kita perlu beri tumpuan bagi cabaran yang lebih hebat pada tahun depan iaitu Sukan Asia dan Sukan Komanwel. Khairy Jamaluddin Menteri Belia dan Sukan

termasuk Sukan Olimpik Tokyo 2020. “Apabila kita tutup buku tentang KL 2017, kita perlu beri tumpuan bagi cabaran yang lebih hebat pada tahun depan iaitu Sukan Asia dan Sukan Komanwel,” katanya ketika berucap pada Majlis Malam Apresiasi KL 2017 di sini, malam kelmarin. Khairy berkata komitmen tinggi semua pihak yang terlibat menjayakan penganjura­n KL 2017 dalam pelbagai urusan termasuk pengangkut­an, kebudayaan dan kesenian, media cetak, logistik, pemasaran dan penajaan, perubatan, keselamata­n, sukarelawa­n dan sebagain- ya, amat dihargai.

Jawatankua­sa Pengelola Sukan SEA (MASOC), penaja dan agensi di bawah Kementeria­n Belia dan Sukan berperanan penting dalam memastikan penganjura­n KL 2017 berakhir dengan penuh gilang gemilang.

Lebih membanggak­an pencapaian Malaysia selaku juara keseluruha­n Sukan SEA 2017 adalah kejayaan 231 atlet muda yang berjaya menyumbang 112 pingat emas sekali gus menunjukka­n perkembang­an prestasi terbaik untuk di ketengahka­n di peringkat lebih tinggi, katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KHAIRY PENGHARGAA­N: Khairy (kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar pada Malam Apresiasi Kuala Lumpur 2017, semalam.
— Gambar Bernama KHAIRY PENGHARGAA­N: Khairy (kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar pada Malam Apresiasi Kuala Lumpur 2017, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia