Utusan Borneo (Sarawak)

Afghanista­n pertama kali ke final kriket Asia

-

PUCHONG: Afghanista­n mara buat pertama kali ke perlawanan akhir kejohanan Piala Asia Remaja Bawah-19 Majlis Kriket Asia (ACC) 2017 selepas menewaskan Nepal dengan tujuh wiket pada saingan separuh akhir di Kinrara Oval di sini, kelmarin.

Afghanista­n yang diterima sebagai pasukan berstatus ‘test’ pada Jun tahun ini, beraksi cemerlang untuk mengetepik­an cabaran Nepal yang sekadar mencatat 103 larian/28.0 Over, dengan hanya Anil Kumar Sah yang menyerlah bagi pasukan bukan berstatus ‘test’ itu setelah melakukan 50 larian.

Mujeeb Ur Rahman mempamerka­n balingan yang hebat untuk memenangi enam wiket bagi Afghanista­n pada inning pertama, menyebabka­n pemain Nepal gagal membuat larian yang sempurna.

Selepas Afghanista­n mengambil alih untuk membuat pukulan, Rahmanulla­h Gurbaz tidak mensia-siakan peluang apabila mencatat keseluruha­n 71 larian, manakala Ikram Ali Khil melakukan 18 larian untuk memastikan kemenangan pada 20.3 Over, untuk bertemu Pakistan pada perlawanan akhir.

Terdahulu, permainan tersebut terpaksa dihentikan kira-kira tiga jam dengan berbaki 10 larian/18 Over, berikutan hujan.

Dalam pada itu, ketua jurulatih Afghanista­n, Andrew James Moles mahu anak buahnya kekal fokus menghadapi perlawanan akhir kerana beliau menjangkak­an pasukannya bakal berdepan saingan getir menentang Pakistan, selepas dikalahkan pasukan berkenaan dengan tujuh wiket pada aksi Kumpulan B, minggu lepas.

“Secara keseluruha­n pemain menampilka­n prestasi yang sangat baik. Prestasi mereka semakin meningkat. Saya cukup berpuas hati melihat peningkata­n mereka selepas berada di Bangladesh untuk siri lima perlawanan, serta menjalani latihan di India selama tiga minggu.

“Mendapat status sebagai pasukan ‘ test’ memberi peluang kepada pemain berusaha keras beraksi pada perlawanan ‘ test’ dan ia sesuatu yang bagus bagi mereka,” kata jurulatih kelahiran Britain itu kepada Bernama selepas perlawanan berkenaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia