Utusan Borneo (Sarawak)

76 peserta bersaing Kejohanan Pingpong Berpasukan Bintulu Piala Excel 2017

-

BINTULU: Seramai 76 peserta dari 20 pasukan memulakan saingan Kejohanan Pingpong Berpasukan Antara Sekolah Rendah dan Menengah Bahagian Bintulu Piala Excel 2017 di Excel Sport Club di sini semalam.

Pasukan menyertain­ya merangkumi lima pasukan lelaki dan wanita sekolah rendah, tujuh pasukan lelaki sekolah menengah dan tiga pasukan wanita sekolah menengah.

Sekolah terlibat ialah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Siong Boon, SJK Chung Bintulu No.2, SJK Chung Hua Bintulu, SJK Kai Ming manakala sekolah menengah ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kidurong, SMK Bintulu, SMK Bandar, SMK Assyakirin dan SMK Baru.

Majlis perasmian disempurna­kan oleh Kong Ngiou Kwong yang mewakili Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing,

Pengerusi penganjur, Alan Teoh Chia berkata Excel Sport Club amat berbesar hati kerana dapat menganjurk­an kejohanan antara sekolah ini.

Kejohanan itu menawarkan hadiah wang tunai RM250, trofi dan medal untuk lima pemain bagi pasukan juara.

Naib juara bakal menerima hadiah wang tunai RM200, trofi dan lima medal serta tempat ketiga bakal menerima wang tunai RM150, trofi dan lima medal untuk pemain.

Hadiah-hadiah ditawarkan itu ditaja oleh Datuk Seri Tiong King Sing.

Pertanding­an diadakan berdasarka­n kepada peraturan-peraturan terkini Persekutua­n Pingpong Antarabang­sa (ITTF) dan peraturan susulan.

 ??  ?? RASMI: Kong merasmikan kejohanan tersebut, semalam.
RASMI: Kong merasmikan kejohanan tersebut, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia