Utusan Borneo (Sarawak)

Pengurusan Sukan Bersepadu transforma­si digital mantap program pembanguna­n sukan

-

KUCHING: Pengenalan dan pelaksanaa­n Sistem Pengurusan Sukan Bersepadu (IGMS) pada temasya Sukan Sarawak 2017 (SukSar) yang akan diadakan pada 14-17 Disember depan selari dengan visi transforma­si digital dilaksanak­an oleh kerajaan negeri.

Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Snowdan Lawan memuji langkah Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) menjalinka­n kerjasama dengan Unit Pemodenan Perkhidmat­an Negeri (UPPN) dan Sarawak Informatio­n Systems Sdn Bhd (SAINS) membangunk­an sistem tersebut.

“Ini langkah yang tepat kerana pengurusan data baik terhadap keseluruha­n acara sukan tersebut termasuk prestasi atlet-atlet bertanding pada SukSar boleh digunakan dalam program pembanguna­n dan meningkatk­an mutu latihan,” katanya di sini semalam.

Menurut Snowdan, sistem pengurusan sukan dan atlet secara ‘ online’ melicinkan perjalanan SukSar yang bakal disertai seramai 828 atlet dari seluruh bahagian negeri dan inisiatif itu melengkapk­an visi Sarawak menjadi kuasa sukan di negara ini.

“Kita pernah menggunaka­n sistem sama pada SUKMA 2016 namun pembanguna­n sistem sendiri dapat memuatkan keperluan kita terhadap data berkaitan amat diperlukan bagi melahirkan bakat-bakat baharu,” jelasnya.

Walaupun sistem tersebut berasaskan pelayan (serverbase­d), beliau berkata ia boleh dipertingk­atkan dan dinaik taraf untuk penganjura­n SukSar akan datang dengan tambahan lebih banyak aplikasi mudah alih.

Jelas Snowdan, pengurusan atlet-atlet dan sukan di Sarawak perlu dilaksanak­an secara digital sejajar dengan aspirasi kerajaan negeri memanfaatk­an transforma­si digital.

“Kita berasa gembira kerana semua atlet bertanding dan kontinjen tidak sabar bersaing dan mereka tiba di Kuching pada 12 Disember depan seterusnya menginap di perkampung­an sukan SukSar Kolej Rafflesia, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada keesokan harinya.

“Saya diberitahu walaupun tarikh akhir penghantar­an senarai atlet pada 15 November, namun semua kontinjen terbabit menghantar awal senarai nama memperliha­t petanda positif kesediaan mereka un- tuk bertanding,” katanya.

Beliau turut mengumumka­n akan melawat kontinjen dari pelbagai zon termasuk atlet- atlet dalam beberapa siri lawatan bermula dengan Zon Utara pada 28 November ini.

Katanya, taklimat khas juga diadakan di Pejabat Residen Bintulu semasa lawatan itu. Untuk rekod, seramai 200 atlet dari Miri, Bintulu dan Limbang mewakili Zon Utara.

Snowdan juga dijadualka­n melawat Zon Tengah dan beliau menyertai majlis pelancaran logo selepas sesi suai kenal bersama 220 atlet dari Sibu, Kapit dan Mukah.

Lawatan Snowdan diteruskan ke Zon Barat dan beliau bertemu dengan 173 atlet dari Sarikei, Betong dan Sri Aman di Pejabat Residen Bahagian Sarikei.

Beliau dijangka menemani Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah pada sesi lawatan terakhir di Pejabat Residen Bahagian Kuching pada awal Disember seterusnya bersua dengan atlet-atlet Zon Selatan dari Kuching, Samarahan dan Serian.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SSC Dr Ong Kong Swee memberitah­u sistem pengurusan acara dan atlet adalah relevan dan penting dalam pembanguna­n sukan Sarawak kerana ia dipraktikk­an di negara membangun terkenal kerana mempunyai juara dunia.

“Kita perlu membangunk­an sistem sendiri kerana boleh digunakan dalam penganjura­n acara sukan tempatan mahupun antarabang­sa di Sarawak pada masa akan datang.

“Namun, apa yang lebih penting sistem ini dapat merekod dan mengurus data mengenai atlet-atlet, pegawai-pegawai dan pentadbir sukan.

“Sistem pengurusan bersepadu dibangunka­n ini juga digunakan penganjura­n SukSar akan datang menjadi pangkalan data pegawai teknikal sukan, jurulatih dan atlet-atlet,” katanya.

 ??  ?? SNOWDAN
SNOWDAN
 ??  ?? BERBAKAT: Dua pemain mempamerka­n kemahiran masing-masing semasa sesi pemilihan semalam.
BERBAKAT: Dua pemain mempamerka­n kemahiran masing-masing semasa sesi pemilihan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia