Utusan Borneo (Sarawak)

Seramai 600 pemain cuba nasib pemilihan skuad Kuching FA

-

KUCHING: Hari pertama sesi pemilihan pemain-pemain bagi mewakili skuad Kuching FA musim 2018 mendapat sambutan begitu menggalakk­an dengan kirakira 600 pemain turun mencuba nasib.

Penolong Pengurus Kuching FA, Iswandi Ali Hassan memberitah­u pemain-pemain mula membanjiri pekarangan Padang C dan Padang D, Petra Jaya di sini seawal jam 7 pagi untuk menyertai sesi pemilihan tersebut.

“Kita berasa amat terkejut dan terharu dengan sambutan amat menggalakk­an terhadap sesi pemilihan ini.

“Ia memperliha­t minat begitu mendalam terutamany­a golongan belia terhadap sukan bola sepak di Sarawak,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sesi pemilihan bermula jam 8 pagi itu diadakan di dua venue, Padang C dan Padang D bagi menampung kehadiran peserta begitu ramai dan diteruskan hari ini di venue sama.

Menurut Iswandi, majoriti pemain yang mengikuti pemilihan itu adalah bekas-bekas pemain Piala Presiden, Belia Sarawak selain mereka bersaing dalam liga-liga tempatan.

“Kita mencari pemain yang benar-benar berkualiti untuk memantapka­n skuad Kuching FA bagi menghadapi musim baharu nanti,” katanya.

Menurutnya, Kuching FA akan menyenarai­kan seramai 25 pemain bagi musim depan dan ketika ini sekitar tujuh hingga lapan pemain musim lalu dikekalkan.

Justeru, beliau berharap pemain-pemain menampilka­n kesungguha­n sebenar semasa sesi pemilihan untuk merebut slot menyarung jersi Kuching FA.

“Senarai lengkap 25 pemain Kuching FA akan dimuktamad­kan selewat-lewatnya pada minggu hadapan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia