Utusan Borneo (Sarawak)

Coldplay kaut 500 juta dolar AS, jelajah dunia ketiga paling untung

-

COLDPLAY mengaut lebih AS$500 juta dalam jelajah global kumpulan rock yang baharu selesai itu, kata promoter kumpulan tersebut Khamis lepas, menjadikan­nya pungutan ketiga tertinggi dalam sejarah.

Kumpulan Inggeris itu mengadakan konsert ke-114 dan terakhir dalam jelajah ‘A Head Full of Dreams’ pada malam Rabu lepas di Buenos Aires, untuk melengkapk­an pungutan AS$523 juta (RM2.25 bilion) dalam jualan tiket, Live Nation mengumumka­n.

Hanya dua kumpulan lain mengaut lebih banyak keuntungan dalam sejarah: kumpulan rock Irish U2, yang mendapat AS$784 juta (RM3.37 bilion) dari jelajah ‘360’ mereka yang teliti dari 2009 hingga 2011, dan kumpulan The Rolling Stones, yang mengaut lebih banyak sedikit berbanding Coldplay dengan konsertkon­sert ‘A Bigger Bang’ sedekad lalu.

Coldplay menggunaka­n teknologi tinggi untuk jelajah itu, di mana peminat diberi gelang tangan interaktif yang berubah warna menurut muzik serta persembaha­n menjolok mata dengan laser dan konfeti.

Kumpulan rock yang diketuai Chris Martin dan mencapai kejayaan pada awal tahun 2000an dengan adunan balada gelap dan lagu rock menurut gaya U2, pernah membayangk­an ‘A Head Full of Dreams’ adalah album lengkap mereka yang terakhir, tetapi mereka mengeluark­an EP baharu pada Julai lalu.

Jelajah mereka bermula pada Mac 2016, juga di Buenos Aires, dan mencapai hampir 5.4 juta peminat, menurut Live Nation.

Kumpulan itu menjual beberapa konsert di stadium di London, Paris, Los Angeles, Chicago dan New Jersey selain mencipta rekod kehadiran baharu 67,451 di Foro Sol, Mexico City.

Coldplay menolak Roger Waters, bekas anggota Pink Floyd, yang mengadakan jelajah maraton ‘The Wall Live’ pada 2010-13 yang menggunaka­n kesan teliti untuk menekan tema anti perang, di tempat keempat dalam senarai pungutan paling tinggi. — AFP

 ??  ?? CHRIS MARTIN
CHRIS MARTIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia