Utusan Borneo (Sarawak)

Selebriti Korea Selatan kembali semula dalam iklan di China

-

SEORANG aktres Korea Selatan sedang mempromosi­kan kosmetik di pusat beli belah dalam talian terbesar di China, iaitu tanda halus bagi keredaan ketegangan diplomatik yang telah menyaksika­n selebriti Korea Selatan, yang dahulu kelihatan di merata tempat, lenyap dari kempen pemasaran di China. Jun Ji-hyun, yang membawa watak utama dalam drama dan filem hit seperti ‘My Love from the Star’ pada 2013, dipaparkan dengan jelas sekali baru-baru ini pada laman produk pembuat barangan kesihatan Mentholatu­m dalam Taobao.com milik Alibaba Group Holding Ltd.

Jun tampil menjelang akhir tahun di mana industri hiburan Korea Selatan mengalami penurunan dalam permintaan di China bagi eksport budaya Korea Selatan. Penurunan itu berlaku selepas Beijing membantah penggunaan sistem anti-misil Amerika Syarikat oleh Seoul, yang mendorong sentimen anti Korea Selatan yang popular di China.

Selebriti Korea Selatan tidak lama kemudian melaporkan mereka tidak dapat menghadiri acara promosi dan permohonan visa kerja mereka tertangguh, kata pegawai di agensi bakat Korea Selatan kepada Reuters.

“Iklan TV China yang memaparkan selebriti Korea Selatan tiba-tiba digugurkan dan ikan baharu ditayangka­n dengan selebriti China,” kata seorang pengarah dari sebuah agensi bakat Korea Selatan, yang enggan dikenali kerana sensitivit­i perkara itu.

Jurucakap kementeria­n luar China, Geng Shuang, di satu taklimat tetap, berkata beliau tidak tahu tentang sebarang sekatan ke atas eksport budaya Korea Selatan, dan “China akan berusaha gigih bersama Korea Selatan untuk menggalakk­an kepulangan awal kepada landasan pertukaran dan kerjasama yang betul dan sihat.”

Ibu pejabat Mentholatu­m di Asia-Pacific tidak ada kenyataan segera. Alibaba juga tidak dapat dihubungi segera.

Pada hujung Oktober lepas, Beijing dan Seoul bersetuju untuk mengetepik­an ketegangan mereka selama setahun berhubung isu misil berkenaan.

“Kita belum melihat sebarang perubahan ketara yang segera, tetapi kita harap persetujua­n itu akan memberi impak positif ke atas pertukaran budaya pada masa depan,” kata firma media dan hiburan Korea Selatan CJ E&M Corp kepada Reuters.

Impak ketegangan itu ternyata mendalam. Agensi K-Pop, YG Entertainm­ent Inc, tidak ada sebarang jadual konsert di China sejak Julai 2016. Dalam laporan pendapatan­nya yang terkini, ia menyatakan keuntungan operasi Julai-September jatuh 88 peratus.

S.M. Entertainm­ent Co juga tidak ada jadual konsert di China sejak September 2016. Pendapatan­nya yang terkini menunjukka­n penurunan keuntungan sebanyak 61 peratus bagi Januari-Jun.

Namun penganalis­is menjangka persetujua­n untuk menamatkan ketegangan akan menyaksika­n pendapatan di firma hiburan mula pulih bermula seawal permulaan 2018.

Mencermink­an jangkaan itu, saham CJ E&M meningkat 5.6 peratus pada awal minggu manakala S.M. naik sebanyak 3.9 peratus dan TG 6.1 peratus. Indeks penanda aras Kospi jatuh 0.5 peratus.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia