Utusan Borneo (Sarawak)

Lee Min Ho, Suzy berpisah selepas tiga tahun menjalin cinta

-

SELEPAS Joo Won dan BoA mengumumka­n perpisahan mereka, satu lagi pasangan selebriti Korea memutuskan untuk mengambil hala tuju masing-masing.

Pelakon Lee Min-ho, 30 tahun, pada Rabu juga telah disahkan berpisah dengan penyanyi dan pelakon Bae Suzy, 23, setelah tiga tahun bersama.

Agensi Suzy, JYP Entertainm­ent memberitah­u dalam satu kenyataan, “Kami sudah bertanya kepadanya dan memang benar bahawa Suzy dan Lee Min-ho sudah berpisah.”

Pasangan itu telah bersama selama tiga tahun namun hanya mengumumka­n hubungan mereka secara rasmi pada Mac 2015. Sejak itu, pasangan itu telah menjadi pasangan bercinta yang paling disukai ramai dalam industri hiburan Korea.

Sementara tu, menurut MYM Entertainm­ent yang merupakan agensi Lee Min-ho, punca perpisahan tersebut adalah peribadi dan berharap semua peminat memahaminy­a.

Berita perpisahan itu muncul selepas Suzy, yang mula dikenali menerusi kumpulan gadis K-pop miss A, menang Asia Star Award di Asia Artist Awards 2017 pada Rabu lepas.

Penyanyi lagu ‘Love Alone’ itu juga seorang pelakon yang aktif dengan antara drama lakonannya adalah ‘While You Were Sleeping (yang baharu sahaja menamatkan tayanganny­a pada Khamis di saluran ONE Astro), ‘Uncontroll­ably Fond’ dan ‘Dream High’. Beliau juga turut membintang­i filem.

Sementara itu, Lee Min-ho yang kini sedang menjalani perkhidmat­an tentera wajibnya sejak Mei lepas pula popular dengan drama-drama ‘Legend of the Blue Sea’, ‘The Heirs’, ‘Boys Over Flower’ dan juga ‘City Hunter’.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia