Utusan Borneo (Sarawak)

India naikkan duti import ke atas MSM Malaysia Bakal jejas eksport Malaysia ke India, ketika ini catat 2.5 juta tan

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan India menaikkan duti import ke atas minyak sawit mentah (MSM) Malaysia kepada 15 peratus daripada 7.5 peratus sebelum ini, untuk mengawal penghantar­an yang lebih murah dan menyokong kilang penapisan tempatanny­a.

Cukai import ke atas minyak kacang soya dan minyak bunga matahari juga dinaikkan masing- masing kepada 17.5 peratus dan 12.5 peratus.

Pakar Produk Derivatif Kanan, Phillip Futures Sdn Bhd, David Ng berkata keputusan kerajaan India itu adalah disebabkan kejatuhan harga minyak bijian di bawah paras harga sokongan minimum.

“Bagaimanap­un langkah itu akan menjejaska­n eksport kita ke pasaran India yang ketika ini merekodkan 2.5 juta tan. Kita akan menyaksika­n eksport MSM ke India berkuranga­n disebabkan kenaikan cukai import oleh kerajaan India,” katanya kepada Bernama.

Dilaporkan sebelum ini, pada 27 Julai, 2017 panel antara kementeria­n yang diketuai Menteri Kewangan India, Arun Jaitley telah menyemak semula ketersedia­an minyak boleh makan dalam negara itu dan membincang­kan kaedah untuk menangani peningkata­n import.

Sebuah jawatankua­sa ditubuhkan oleh kerajaan India untuk meneliti struktur duti import bagi menyemak penghantar­an minyak masak yang murah.

India mengimport kirakira 14.5 juta tan minyak sayur-sayuran dari Malaysia dan Indonesia setiap tahun untuk memenuhi permintaan domestik.

Indonesia dan Malaysia menyumbang 85 peratus kepada pengeluara­n MSM keseluruha­n global dan 91 peratus kepada eksport keseluruha­n minyak sawit dunia. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PELANCARAN KEDAI ‘POP-UP’: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X Datuk Kamarudin Meranun (dua kiri) bergambar bersama Yap Mun Ching (dua kanan) pada pelancaran Kios Cenderahat­i ‘Destinatio­n: GOOD’ Yayasan AirAsia di Lapangan Terbang Antarabang­sa...
— Gambar Bernama PELANCARAN KEDAI ‘POP-UP’: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X Datuk Kamarudin Meranun (dua kiri) bergambar bersama Yap Mun Ching (dua kanan) pada pelancaran Kios Cenderahat­i ‘Destinatio­n: GOOD’ Yayasan AirAsia di Lapangan Terbang Antarabang­sa...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia