Utusan Borneo (Sarawak)

Yayasan AirAsia lancar ‘Destinatio­n: GOOD’ di klia2

-

SEPANG: Sebanyak 200 produk dari 25 perusahaan sosial ASEAN kini dijual di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 ( klia2) selepas Yayasan AirAsia melancarka­n kedai ‘pop-up’ perusahaan sosial pertamanya di lapangan terbang itu di sini, kelmarin.

Kedai ‘pop-up’ atau kios sementara yang diberi nama ‘ Destinatio­n: GOOD’ itu menjual barangan gaya hidup, cenderamat­a dan kraf tangan yang dihasilkan oleh 25 perusahaan sosial dari tujuh negara ASEAN.

Antara produknya ialah boneka bayang yang diperbuat daripada kulit lembu oleh Cambodian Living Arts dan ‘pet toys’ dihasilkan daripada gegelung getah pemadam api dan bahan buangan dalaman pesawat seperti tali pinggang keselamata­n dari kapal terbang AirAsia oleh APE Malaysia.

Selain itu, ia juga menjual dompet wanita dengan rekaan seni oleh kanak-kanak kurang bernasib baik yang ditawarkan Tohe, perusahaan sosial Vietnam.

Pengarah Eksekutif Yayasan AirAsia, Yap Mun Ching berkata, Destinatio­n: GOOD mula dibuka pada Ogos sempena sambutan ulang tahun penubuhan ASEAN.

“Kedai itu mencatat pulangan modal baru- baru ini. 70 peratus daripada hasil itu disalurkan kepada perusahaan sosial tersebut manakala baki 30 peratus adalah untuk penyenggar­aan kedai,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran kedai ‘pop-up’ Destinatio­n: GOOD di klia2 di sini, kelmarin.

Beliau berkata, perkongsia­n Yayasan AirAsia dengan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) itu membolehka­n perusahaan sosial mempunyai platform antarabang­sa di samping menjadikan ulang tahun ke-50 ASEAN lebih bermakna.

Pengurus Besar Kanan Perkhimata­n Komersial MAHB, Mohammad Nazli Abdul Aziz, berkata kedai itu dibuka di terminal pelepasan klia2 tanpa sebarang bayaran ke atas Yayasan AirAsia.

Beliau berkata, sejak dibuka pada Ogos lepas, Destinatio­n: GOOD mendapat sambutan baik daripada penumpang yang menggunaka­n klia2. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia