Utusan Borneo (Sarawak)

Jualan SMIDEX 2017 atasi sasaran dengan nilai RM557.5 juta

-

KUALA LUMPUR: Persidanga­n dan Pameran Tahunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) (SMIDEX) 2017 yang baharu berakhir, merekodkan jualan keseluruha­n dan jualan padananper­niagaan bernilai RM557.5 juta, melebihi sasaran RM555 juta.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan berkata SMIDEX 2017, yang mengetenga­hkan 316 pempamer tempatan dan luar negara, menarik 11,195 pengunjung dagangan.

Beliau berkata, sebanyak 109 PKS dan 38 syarikat besar utama menyertai 377 sesi padanan perniagaan semasa acara tiga hari itu.

PKS tempatan juga dipadankan dengan rakan dagang antarabang­sa dari Brunei, Hong Kong, Korea Selatan dan Mauritius, katanya dalam ucaptama di majlis Sambutan Anugerah Enterpris 50 (E50) di sini, kelmarin.

SME Corporatio­n Malaysia ( SME Corp) memberi pengiktira­fan kepada 50 perusahaan tempatan teratas dalam Sambutan E50 itu.

10 pemegang teratas Anugerah E50 tahun ini ialah Builtech Project Management Sdn Bhd; Big Onion Food Caterer Sdn Bhd; CLPG Packaging Industries Sdn Bhd; Ever Delicious Food Industries Sdn Bhd; Harta Maintenanc­e Sdn Bhd; MKRS Bumi (M) Sdn Bhd; Respack Manufactur­ing Sdn Bhd; The Origin Foods Sdn Bhd; Tidy NonWovens Sdn Bhd dan xPrint Sdn Bhd.

Dalam kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Datuk Dr Hafsah Hashim berkata penerima anugerah E50 telah membuktika­n kemampuan mereka untuk kekal berdaya saing dan berdaya tahan dalam persekitar­an ekonomi mencabar.

Beliau berkata, hampir 70 peratus penerima anugerah itu tahun ini telah menembusi pasaran eksport.

SME Corp yakin jumlah tersebut akan terus meningkat dari semasa ke semasa seiring peruntukan Bajet 2018, katanya.

Beliau berkata, daripada 2,061 syarikat yang dicalonkan untuk anugerah E50, 695 syarikat telah dipilih sebagai penerima.

Antara penerima itu, beliau berkata, 60 syarikat telah disenaraik­an di Bursa Malaysia, dengan 46 firma di Papan Utama dan 14 bagi Pasaran ACE.

“Anugerah E50 dilihat sebagai platform yang menggalakk­an semangat dan keberanian keusahawan­an PKS untuk mencapai kecemerlan­gan, serta bersaing untuk mendapat pengiktira­fan sebagai rangsangan status perniagaan masing-masing,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia