Utusan Borneo (Sarawak)

MyCC alualukan maklum balas awam bagi dua kajian pasaran

-

KUALA LUMPUR: Suruhanjay­a Persaingan Malaysia (MyCC) sedang memuktamad­kan dua kajian pasaran iaitu farmaseuti­kal dan bahan binaan dalam industri pembinaan di bawah Akta Persaingan 2010 (AP 2010).

MyCC dalam satu kenyataan kelmarin berkata objektif kajian pasaran itu adalah untuk mengenal pasti struktur pasaran, rantaian bekalan dan tahap persaingan dalam sektor masing-masing.

Suruhanjay­a itu berkata salinan digital kajian pasaran itu boleh didapatkan di laman web MyCC di www. mycc. gov. my bermula 17 Nov-7 Dis, 2017, dan orang ramai boleh mengemukak­an komen mereka secara terus di laman web tersebut.

MyCC akan memberi pertimbang­an sewajarnya bagi apa-apa penyerahan bertulis daripada pihak berkepenti­ngan dan orang ramai.

MyCC, dalam menjalanka­n kuasa yang diberikan oleh Seksyen 11(1) AP 2010, boleh atas inisiatifn­ya sendiri atau atas permintaan menteri, menjalanka­n kajian ke atas mana- mana pasaran bagi menentukan sama ada sebarang ciri atau gabungan ciri-ciri pasaran menghalang, menyekat atau mengganggu persaingan dalam pasaran bagi mengenal pasti struktur pasaran, rantaian bekalan dan tahap persaingan dalam sektor tersebut.

Menurut seksyen 12 daripada AP 2010, MyCC akan menyiarkan laporan dapatannya dan cadangan-cadangan di laman webnya di www.mycc.gov.my selepas selesainya kajian pasaran itu, kata suruhanjay­a tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia