Utusan Borneo (Sarawak)

Raja Muda pelawa pelabur Jepun melabur di Perlis

-

TOKYO: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l mempelawa ahli perniagaan Jepun melabur di Perlis yang menawarkan pelbagai insentif menarik serta kestabilan politik bagi menjamin pelaburan mereka.

Baginda bertitah, antara insentif tersebut adalah harga tanah perindustr­ian yang menarik, tanah boleh dibeli dan dicagar, penguranga­n cukai tanah bagi tempoh tertentu selain menikmati insentif yang disediakan Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia.

Perlis menawarkan potensi besar memandangk­an kos menjalanka­n perniagaan di negeri itu tidak tinggi selain harga rumah berpatutan, ketersedia­an modal insan terlatih dan lokasinya yang strategik kerana terletak di kawasan Segitiga Pertumbuha­n Indonesia-Malaysia-Thailand, titah baginda kepada pemberita sebelum berangkat pulang ke Malaysia pada petang Jumaat.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, selain itu jaringan Lebuhraya Utara Selatan boleh diakses melalui Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis dan perkhidmat­an kereta api dari Padang Besar ke Pelabuhan Pulau Pinang yang mengambil masa 45 minit sahaja bagi penghantar­an kargo akan menjimatka­n kos.

Terdahulu, baginda melancarka­n promosi masakan Perlis di kediaman rasmi Duta Besar Malaysia di Jepun, Datuk Ahmad Izlan Idris.

Promosi itu merupakan anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang mendapat kerjasama Yayasan Tuaku Fauziah (YTF), Halal Japan Corporatio­n (HJC) dan Enertech Supplies & Service Sdn Bhd ( Enertech) serta pejabat Kedutaan Malaysia di Tokyo.

Baginda pernah melancarka­n promosi yang sama di Restoran Malay Cuisine di Tokyo tahun lepas dan di Osaka sebelum itu untuk memperkena­lkan Perlis kepada dunia.

Tuanku Syed Faizuddin berada di ibu negara matahari terbit ini untuk menyaksika­n majlis menandatan­gani kerjasama antara Enertech dan HJC pada Jumaat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? METERAI: Tuanku Syed Faizuddin (tengah) menyaksika­n pertukaran dokumen perjanjian antara Pengerusi Eksekutif Enertech Sdn Bhd (Enertech) Datuk Raja Azwane Raja Ariff (kanan) dan Pengerusi Halal Japan Corporatio­n (HJC) Hirobumi Ohsato (kiri) selepas...
— Gambar Bernama METERAI: Tuanku Syed Faizuddin (tengah) menyaksika­n pertukaran dokumen perjanjian antara Pengerusi Eksekutif Enertech Sdn Bhd (Enertech) Datuk Raja Azwane Raja Ariff (kanan) dan Pengerusi Halal Japan Corporatio­n (HJC) Hirobumi Ohsato (kiri) selepas...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia